Beauty guru ini mampu mengenakan apa jua rona warna gincu: biru, gold, glitter, dan segalanya!
Kenali Jay Thomas, seorang gadis Afrika-Amerika yang kian menjadi topik perbualan gadis-gadis fesyen di dunia kecantikan. Jay mula berjinak-jinak dalam dunia kecantikan, khususnya bermain-main bersama gincu daring sejak 2 tahun yang lalu. Beliau juga merupakan duta rasmi Who Is She Cosmetics, iaitu sebuah jenama persolekan yang sering mecuri perhatian guru-guru kecantikan. Tona kulit gelap manis beliau memainkan peranan penting sebagai “kanvas” wajahnya.
Hanya berumur 22 tahun dan mempunyai pengikut lebih 8 ribu di laman Instagram, Jay Thomas is a name you should lookout for! GLAM senaraikan 7 look kegemaran kami!