Rambut Cantik & Sihat Dengan 5 Jenama Produk Lokal Ini
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pengguna di Malaysia mula memberi perhatian kepada jenama kecantikan tempatan termasuk dalam kategori penjagaan rambut.
Dari rawatan kulit kepala hingga tonik pertumbuhan rambut, pelbagai jenama lokal kini tampil dengan kualiti yang setanding dengan produk antarabangsa. Menariknya, setiap satu membawa identiti tersendiri dan berikut adalah lima produk lokal yang boleh anda cuba:
1. Angry Koala

Jenama Angry Koala mula dikenali dengan produk Scalp Oil Treatment yang berfungsi sebagai rawatan pra-cuci (pre-wash treatment) untuk kulit kepala. Dicipta bagi membantu mengurangkan keguguran rambut dan mengekalkan kesihatan kulit kepala, produk ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna tempatan kerana keberkesanannya. Dihasilkan di Malaysia, Angry Koala kini menjadi antara jenama lokal pilihan dalam rutin penjagaan rambut yang ringkas tetapi berkesan.
2. MARE by Marion

MARE by Marion yang diasaskan oleh personaliti terkenal, Marion Caunter ialah jenama buatan Malaysia yang membawa sentuhan mewah dalam penjagaan rambut. Antara produk popularnya termasuk More Is More Hair Conditioner yang direka khas untuk memberikan kelembutan, kilauan dan kesegaran pada rambut. Dikenali dengan identiti moden dan gaya minimalis, jenama ini menonjol kerana kualitinya yang setanding dengan produk antarabangsa, namun tetap memenuhi keperluan dan citarasa tempatan.
3. Good Virtues Co.

Sebagai salah satu jenama kecantikan halal tempatan yang paling dikenali, Good Virtues Co. telah lama menjadi pilihan ramai untuk penjagaan rambut harian. Produk seperti Hair Fall Control Tonic membantu menguatkan rambut serta menjaga keseimbangan kulit kepala agar kekal sihat. Dengan mesej positif, Good Virtues Co. bukan sekadar menawarkan produk yang berkesan, tetapi juga gaya hidup yang meraikan kebaikan dan keyakinan diri.
4. Vigorous Hair Tonic by Bella Khan

Diasaskan oleh personaliti tempatan Bella Khan, Vigorous Hair Tonic memberi tumpuan kepada masalah rambut gugur dan pertumbuhan rambut baru. Tonik ini menjadi pilihan ramai pengguna yang ingin memperbaiki tekstur serta ketebalan rambut. Selain hasil yang ketara, produk ini turut mendapat pujian kerana tidak meninggalkan rasa berminyak pada kulit kepala, menjadikannya mudah digunakan setiap hari.
5. Hellobabes

Hellobabes ialah jenama rambut tempatan yang memberi tumpuan kepada penjagaan rambut harian dengan pendekatan moden dan mesra pengguna. Antara produknya termasuk Hair Shampoo, Hair Conditioner dan Hair Tonic, semuanya diformulasikan untuk membantu menguatkan akar rambut, mengurangkan keguguran serta menambah kilauan semula jadi. Diperbuat di Malaysia, rangkaian penjagaan rambut Hellobabes disukai ramai kerana hasilnya yang cepat dirasai tanpa meninggalkan rasa berat pada rambut.
Artikel Berkaitan: Selain Dari Penjagaan Wajah, Rambut Juga Perlu Hyaluronic Acid?
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.

