Rahsia Kurus Adele - Glam Malaysia

Rahsia Kurus Adele

Penampilan Adele mengacarakan Saturday Nighthujung Oktober lalu meleraikan teka-teki bagaimana rupa sebenar Adele hari ini, dia betul-betul sudah kurus. Sejak awal tahun lagi sudah ramai yang berteka-teki tentang perubahan berat badannya apabila gambar percutiannya bersama Harry Styles dan beberapa lagi rakan yang lain tersebar. Kemudian Adele ada juga memuat naik beberapa gambarnya di Instagram, dan nyata perkongsiannya itu betul-betul membuat ramai seakan tidak percaya. Jadi apa yang Adele lakukan hingga dia boleh selangsing yang kita lihat di Saturday Night Live dua bulan lepas?

Ada yang berpendapat perpisahan Adele dengan bekas suaminya Simon Konecki menjadi titik tolak kepada pemenang Grammy sebanyak 15 kali ini untuk menurunkan berat badan. Akhbar The Sun Britain menyifatkan perpisahan itu sebagai ‘new lease of life’ bagi Adele.

Jadi apa sebenarnya yang Adele buat hingga dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak itu? Menurut jurulatih Pilates terkenal, Camila Goodis, dia percaya kejayaan Adele menurunkan berat badan bukanlah kerana senaman. Dia berpendapat 90 peratus faktornya ialah diet yang lebih sihat. Walaupun sebelum ini Adele pernah berkongsi yang dia aktif dengan Reformer Pilates tapi itu bukanlah punca utamanya.

See also
Emily Ratajkowski Dituduh Mendapatkan Suntikan Bibir Ketika Hamil

Datin X, Angkara Mahu Kurus Cepat

Camila yang sebelum ini pernah membantu Adele menurunkan berat badan selepas Adele melahirkan anaknya, Angelo Adkins berkata kepada majalah US Weekly, “Do I think that she exercised like crazy? I don’t.”

Camila percaya Adele menjalani gaya hidup yang lebih sihat terutama dalam pemilihan makanan, dan dia bersenam secara sederhana sahaja. “The path to lose weight is not really a lot of exercise. It’s actually your mouth,” tambahnya.

Khabranya Adele mengamalkan Sirtfood Diet yang mana diet ini memberi fokus kepada pengambilan makanan yang perlu sahaja. Antara makanan yang boleh diambil untuk diet ini ialah teh hijau, kale, tauhu dan dark chocolate.

Adele pada Oktober tahun lalu ada memuat naik gambarnya sewaktu menghadiri ulang tahun kelahiran Drake dengan kapsyen berbunyi, “I used to cry but now I sweat”. Well done Adele!

Klik Untuk Mengetahui Berapa Nilai Kontrak Adele Hing Membuatkan Dia Kaya Raya

See also
Siapakah Wanita Lain Yang Bergaya? GLAM Pilih 5 Lagi "ULTRA-STYLISH" 2022