Rahsia Kecantikan Scha Alyahya - Glam Malaysia

Rahsia Kecantikan Scha Alyahya

Scha Alyahya

Gambar: Arkib GLAM


 
Scha Alyahya antara selebriti yang bijak dalam menggabungkan cita rasa dengan trendnya. Ibu kepada Lara Alana ini mempunyai kulit yang halus menawan dan bebas dari sebarang masalah buatkan ramai yang ingin tahu rejim kecantikannya.
 
1. Maksud cantik ialah…

Maksud cantik bagi saya itu meluas. Real and natural. Paling penting ialah kecantikan luar dan dalam kerana ia datang dan lahir dari hati. Tambahan pula, ia turut merangkumi pembawaan, kekuatan dan keyakinan yang ada dalam diri anda.
 
2. Apa yang sering anda fikirkan apabila melihat diri anda di dalam cermin?

I’m getting old! Tapi itu perkara yang baik, jadi saya tak akan complain.
 
3. Bagaimana anda melalui hari yang mana anda berasa pada hari itu ‘I don’t think I look good’?

Hampir setiap hari saya mengalami hari itu. Banyak saya rasa tidak sempurna namun saya tidak terlalu memikirkan hal itu. Just enjoy a good day rather than look good.
 
4. Pujian yang sering anda dengar mengenai diri anda.

See also
GLAM Pick: Kempen Fesyen Paling GLAM Tahun 2016

Saya tidak nampak besar seperti yang dilihat menerusi kaca televisyen.
 
5. Nasihat untuk meningkatkan keyakinan diri mengenai penampilan?

Setiap wanita mempunyai keistimewaan tersendiri. Tidak semua individu memiliki apa yang kita ada. Syukuri dengan kelebihan yang ada dan berpuas hati dengannya. Perasaan itulah yang akan membangkitkan keyakinan kita.
 
6. Ikon Cantik?

Permaisuri Rania
 
7. Kesan peningkatan usia pada diri anda?

Kesan paling ketara ialah pada fizikal. Sebagai contoh, wajah saya mudah tampak lesu. Kantung mata dan lingkaran gelap bawah mata membuatkan kita nampak penat. Justeru, kesihatan diri perlu dijaga. Amalkan gaya hidup sihat. Minum air dan tidur secukupnya.
 
8. Rahsia untuk tampak muda?

No secret! Maybe laugh a lot and worry less. Sentiasa berfikiran terbuka dan positif.
 
Sumber: EH!