Rahsia Kecantikan Nora Danish - Glam Malaysia

Rahsia Kecantikan Nora Danish

Nora Danish & Rayqal2

Gambar: Arkib GLAM


 
Pelakon dan ibu tunggal kepada seorang anak, Nora Danish masih boleh menjaga kecantikan wajah dan kesihatan tubuh walaupun dia sibuk dengan jadual penggambaran dan juga tugas sebagai seorang ibu. Ketahui tip kecantikan Nora Danish untuk kelihatan muda berseri.
 
Ikon cantik?

Ramai wanita yang berwajah cantik, namun Nora amat mengagumi Angelina Jolie. She’s beautiful inside and out.
 
Rahsia untuk kekal tampak muda?

Tiada apa yang hendak dirahsiakan, memandangkan Nora juga masih cuba untuk menjalani gaya hidup sihat dengan mengamalkan diet seimbang. Nora amlakan makan ulam-ulaman, makanan organik dan minum air secukupnya. Nora turut mengambil makanan tambahan selain dari melakukan senaman yoga.
 
Sebarang minuman dan makanan yang diamalkan untuk mengekalkan kesihatan dan tenaga?

Nora amalkan minuman Sure White
 
Masalah rambut yang paling besar anda hadapi dan cara mengatasinya?

Masalah rambut terbesar Nora apabila melahirkan Rayqal. Rambut Nora berkurangan lerana perubahan hormon. Jadi sekarang Nora amalkan pengambilan vitamin untuk rambut dan Nora cuba elakkan dari menggunakan terlalu banyak bahan kimia untuk rambut. Selain mendapatkan rawatan profesional di spa rambut, Nora turut minum Sure White kerana ia bagus untuk menguatkan rambut.
 
Alat solek wajib ada setiap kali bersolek?

See also
Petua Tradisional Untuk Merawat Masalah Kulit

Alat solek wajib Nora ialah maskara, pemerah pipi dan juga pensel kening.
 
Senaman yang seirng dilakukan?

Bila Nora punya kelapangan, Nora akan melakukan senaman yoga dan MMA. Sekiranya Nora sibuk dengan penggambaran, Nora akan pastikan Nora melakukan senaman squat atau sit ups di rumah.
 
Sumber: EH!