Rahsia Formula Krim Kecantikan - Glam Malaysia

Rahsia Formula Krim Kecantikan

ING_33594_38889

Gambar: INGimage


 
Krim kecantikan yang berada di pasaran kini semakin banyak. Namun apakah yang mujarabnya formula dan kandungan setiap krim ini? Adakah krim-krim ini berkesan dalam memberikan hasil wajah yang sempurna dan mulus bak bidadari? GLAM senaraikan jenis-jenis bahan dalam krim kecantikan yang membikin wajah tampil berseri serta-merta.
 
Teori di sebalik krim muka

Semua orang boleh termakan tarikan sesuatu jenama itu apabila mereka mengiklankan formula-formula yang pelbagai seperti memutihkan kulit, menyekatakan tona kulit atau juga menghilangkan jerawat. Namun, apa kata sebelum membeli, baca dulu isi kandungan yang terdapat di dalam krim kecantikan itu. Jangan terburu-buru untuk terus membeli. Ambil masa yang diperlukan untuk mengkaji sedalamnya bahan yang digunakan. Bagi anda yang memiliki masalah kulit sensitif, seeloknya dapatkan khidmat nasihat pakar yang sering anda kunjungi.
 
Keajaiban sebenar krim wajah
 
Retinyl Palmitate

Jika memilih krim lalu menjumpai inti kandungan bahan ini, ia adalah antara produk yang harus anda miliki. Ia merupakan gabungan retinol juga palmitic acid yang berfungsi sebagai bahan anti-oksida dan menyelia pertumbuhan sel kulit. Ia merupakan bahan aktif yang tidak merangsang kulit dengan kuat dan sesuai buat kulit yang sensitif. Para dermatologi juga turut bersetuju bahawa krim pelindungan sinar UV yang mengandungi bahan ini bebas daripada serangan kanser pada kulit.
 
Retinol

See also
Bella Hadid dan The Weeknd Berpisah

Bahan daripada Vitamin A yang memiliki sifat yang lebih kuat dan sesuai untuk fungsi anti penuaan. Ia merupakan bahan yang paling efektif dalam memerangi masalah ini. Selain itu, ia membantu mengurangkan penampilan kedutan, liang pori yang tersumbat juga menentang tanda-tanda hitam pada kulit wajah.
 
Asid Laktik

Yang diekstrak daripada susu serta yogurt yang membantu membuang sel kulit mati daripada lapisan kulit paling atas di bahagian epidermis lalu membikin kulit menjadi putih. Bukan sahaja berfungsi membuang jauh sel kulit mati, ia juga turut melembap dan melembutkan kulit wajah.
 
Asid Kojik

Ia memberi fungsi memutihkan kulit dan merupakan bahan semulajadi yang dijumpai pada cendawan. Setelah dikaji, ianya cukup selamat digunakan sebagai formula dalam krim pemutih serta menghalang pembentukan melanin pada lapisan kulit paling atas di bahagian epidermis. Walau apa pun, cara terbaik untuk tahu yang mana krim terbaik buat anda adalah dengan mengujinya di belakang telinga dahulu dan kemudian biarkan beberapa minit dan lihat reaksi tindak balas krim itu. Jika kemerah-merahan, segera cuci hingga bersih dan jika melarat, jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Namun jika ia tidak memberi kesan yang memudaratkan, maka krim itu sesuai buat kulit anda.

See also
Kemasan Lembut Nadi Dekorasi