The Ordinary Lancar Lash Curl Finisher Untuk Bulu Mata Melentik

Rahsia Bulu Mata Lentik Sepanjang Hari? The Ordinary Ada Jawapannya!

Apabila kecantikan semula jadi menjadi pilihan utama, The Ordinary mengeluarkan produk Lash Curl Finisher untuk lentikan bulu mata tampak asli.

The Ordinary melancarkan Lash Curl Finisher, formulasi bulu mata berasaskan sains yang direka untuk membantu melentikkan dan mengekalkan lentikan sepanjang hari. Pelancaran ini mencerminkan trend kecantikan semasa yang lebih mengutamakan penampilan semula jadi, seiring populariti gaya “Clean Girl” dan “model-off-duty”.

Bulu mata melentik tahan lebih lama

Lash Curl Finisher ialah gel anhidrus yang menyelaputi setiap helai bulu mata bagi menyokong, mengangkat dan mengekalkan lentikan, sekali gus memberikan definisi semula jadi serta-merta dengan ketahanan sepanjang hari.

Untuk penggunaan, lentikkan bulu mata terlebih dahulu sebelum menyapu Lash Curl Finisher sebagai langkah terakhir pada waktu pagi. Formulanya mudah ditanggalkan pada waktu malam hanya dengan pencuci wajah.

Diformulasikan oleh ahli kimia The Ordinary melalui pendekatan science-first, produk ini menggabungkan polimer pembentuk filem yang disokong secara klinikal bersama Squalane, salah satu bahan pelembap ikonik jenama ini.

See also
GLAM Kongsi 8 Produk Kecantikan Mesti Miliki Minggu Ini

Polimer pembentuk filem ini berfungsi menghasilkan jaringan ringan namun kukuh di sekeliling bulu mata bagi mengekalkan lentikan, sambil memberikan definisi tanpa membuatkan bulu mata terasa keras atau rapuh. Squalane, sebagai emolien hidrokarbon, membantu melembapkan bulu mata serta menambah fleksibiliti pada tekstur formulasi.

Formula ini menggunakan gabungan empat teknologi pembentuk filem berbeza untuk mencapai keseimbangan antara kekuatan dan kelenturan, menghasilkan pegangan lentik yang tahan lama dengan rasa selesa. Sebagai produk penggayaan sementara, efek lentikan ini boleh ditanggalkan sepenuhnya ketika membersih wajah dan tidak mengubah struktur asal atau menyebabkan kerosakan jangka panjang pada bulu mata.

Menjaga bulu mata dengan betul juga penting dari sudut kesihatan. Bulu mata bukan sahaja menyerikan wajah malah ia berfungsi sebagai pelindung semula jadi yang membantu mencegah debu, kotoran dan zarah lain memasuki mata. Penjagaan yang baik termasuk pembersihan yang lembut, elakkan menarik atau menggosok bulu mata secara kasar, dan menggunakan produk yang menyokong kelembapan tanpa merosakkan folikel bulu mata.

See also
Krim Wajah La Mer Rahsia Kulit Kembali Muda!

Sementara trend kecantikan minimalis semakin berkembang, ramai kini memilih pendekatan yang menonjolkan ciri semula jadi tanpa mengorbankan keselesaan atau kesihatan kulit dan bulu mata mereka tetapi masih kelihatan effortless dan segar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Ordinary (@theordinary)

Artikel Berkaitan: The Ordinary Lancar Butik Ketiga Di IOI City Mall, Putrajaya

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.