Previu Gloss Bomb Fenty Beauty oleh Rihanna - Glam Malaysia

Previu Gloss Bomb Fenty Beauty oleh Rihanna

Dengan pelancaran worldwide Fenty Beauty semakin menghampiri, Rihanna sendiri aktif memberikan previu kepada peminat-peminat melalui akaun Twitternya.

 

Rihanna berkongsikan beberapa klip video yang menampilkan produk utama rangkaian mekap Fenty Beauty, GLOSS BOMB, dalam jangka masa 16 saat untuk memukau peminatnya.

 

Selain itu penyanyi itu juga turut berkongsikan satu lagi tweet menyatakan bagi mereka yang tidak dapat menghadiri majlis pelancaran eksklusif Fenty Beauty, mereka boleh menyaksikannya melalui Facebook Live.

 

Penyanyi, pereka fesyen, dan kini mekap mogul itu juga memastikan rangkaian mekapnya merangkumi kesemua individu yang mempunyai rona kulit tidak mengikut standard kecantikan Eropah (yang diagungkan oleh masyarakat global) supaya produknya boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

See also
Kylie Jenner Memecah Tradisi Dengan Kelahiran Anak Perempuannya

 

Selain Gloss Bomb ini, Fenty Beauty juga bakal menampilkan bedak asas dengan 40 rona warna berbeza!

 

100 yang pertama dalam barisan di Sephora KLCC untuk mendapatkan mana-mana produk Fenty Beauty akan menerima hadiah istimewa!