PrettySuci.com: Peneraju Hub kecantikan Halal Malaysia
Permintaan untuk produk kecantikan halal semakin tinggi dalam industri kecantikan di Malaysia untuk memastikan produk yang digunakan adalah sihat dan selamat untuk digunakan tanpa keraguan.
Dengan matlamat ingin membantu mempermudahkan pencarian produk kecantikan halal, dua usahawan tempatan, YM Tunku Datuk Kaiyisah dan Natasha Ozeir, yang mempunyai minat mendalam terhadap kecantikan melancarkan hub kecantikan halal dengan laman sesawang mereka sendiri, Prettysuci.com.
Pertumbuhan pasaran halal gobal telah berkembang pesat sejak beberapa tahun lepas dan ini termasuk keperluan pengguna dan jenama-jenama yang menawarkan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang berkualiti dan kreatif. Kami sangat teruja menjadi initiatif dari Malaysia yang bakal menyumbang kepada industri yang sedang berkembang ini secara am dan khususnya untuk memberi perhatian kepada pelbagai jenama Malaysia yang sedia ada,” kata YM Tunku Dato’ Kaiyisah
[envira-gallery id=”66653″]
PrettySuci selain menawarkan rangkaian produk kecantikan tempatan, turut mempunyai pilihan produk halal daripada negara luar seperti Australia, Amerika Syarikat, Taiwan, Korea dan juga Indonesia.
Antara jenama produk kecantikan yang anda boleh jumpa pada laman Pretty Suci adalah Make Over dan Wardah (Indonesia, Naveen (Taiwan), Amara Halal Cosmetics (Amerika), Kester Black (Australia), Sunwoo (Korea) dan PrettySuci, So Lek, NAelofa, Marcella + Co, Sofina Hal dan Imaan Suci (Malaysia).
YM Tunku Datuk Kaiyisah dan Natasha Ozeir juga berharap dengan bilangan pilihan produk kecantikan yang mereka tampilkan dapat membantu mereka yang mencari produk yang berlainan dan baru.
“Tugas kami tidak hanya untuk memberi peluang kepada jenama-jenama terkemuka tetapi juga untuk menggalakkan jenama-jenama yang sedang meningkat naik untuk terus menghasilkan produk terbaik bagi pengguna di serata dunia. Kami berharap untuk memupuk jenama-jenama ini dengan adanya maklum balas serta input daripada pengguna dalam menghasilkan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang terbaik. Melalui Prettysuci.com, kami juga ingin menampilkan sisi kecantikan halal yang relevan dan moden sesuai bagi wanita daripada pelbagai golongan dan latar belakang,” tambah Natasha Ozeir.
PrettySuci juga baru sahaja melancarkan rangkaian lip crème terhad hasil kolaborasi bersama Ratu Jazz negara Datuk Sheila Majid.
Lawati: