Use your ← → (arrow) keys to browse
Mahu mencuba sesuatu yang baru? Belai wajah serta tubuh yang penat bekerja dengan seleksi pusat rawatan kecantikan pilihan GLAM.
SULWHASOO
Pengalaman terbaik daripada jenama holistik kecantikan terkenal Korea yang menampilkan pelbagai jenis rawatan dalam memulih kembali keserian kulit wajah. Jenama yang mempraktikkan elemen keharmonian serta keseimbangan di dalam setiap ciptaannya ini menjadikan spa mereka antara yang harus dikunjungi buat mereka yang mahukan suasana yang nyaman serta menenangkan. Antara rawatan signatur harus cuba adalah rawatan Concentrated Ginseng Nourishing Facial.