Pentingnya Retinol! 5 Alasan Anda Wajib Pakai- Glam Malaysia

Pentingnya Retinol! 5 Alasan Anda Wajib Pakai

Retinol banyak manfaatnya juga merupakan hero ingredient dalam perawatan kulit. Kandungannya sudah lama popular dalam kalangan para dermatologist.

Retinol merupakan kandungan yang memiliki konsentrasi lebih rendah berbanding retinoid. Kegunaanya lebih lembut dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Meskipun dos tidaklah sekuat retinoid tetapi efektifnya sangat konsisten dalam beberapa bulan. Jika anda skincare-fanatic, Retinol pasti menjadi kegilaan baharu. Berbeza dengan Retinoid yang mempunyai retinoic acid adalah jenis terkuat. Retinoic acid ini hanya boleh disediakan oleh pakar kulit  dalam menandangani masalah jerawat serta tanda-tanda penuaan. Kerana konsentrasi lebih tinggi, retinoic acid bekerja lebih cepat dalam memperbaiki kulit tetapi menimbulkan iritasi kepada kulit sensitif.

Retinol Serum

Gambar oleh Google

Retinol Dapat Memberikan Perubahan Terhadap Kulit

Agen Anti-Penuaan Yang Aktif 

Kala melangkah usia 30-an, sel kulit akan berganti setiap 28 hari. Namun, menjelang usia pertengahan 30-an dan seterusnya, regenerasi seli akan lambat sehingga 50-70 hari. Hal ini menyebabkan garis halus mula muncul. Retinol dapat membantu menghaluskan garis halus dan mempercepat pengantian sel kulit.

See also
GLAM MEMORI: Datin Seri Juliezulaiha

Membantu Mengatasi Jerawat

Bertindak untuk mencegah pori-pori tersumbat, yang menyebabkan kulit berjerawat. Retinol juga dapat membantu mengatur produksi sebum dan sangat berguna untuk kulit berminyak atau acne-prone agar tak mudah muncul jerawat.

Membantu Menyamarkan Bekas Jerawat dan Noda Kehitaman

Setelah jerawat mula hilang, anda pasti akan lihat ada kesan hitam atau bekas jerawat. Malah dapat memperbaiki hal ini dengan meningkatkan pergantian sel. Retinol bekerja untuk perubahan tekstur dan pigmen di dalam kulit, sehingga dapat bantu menghaluskan tekstur yang tidak rata dan memudarkan kesan bintik hitam.

Membantu Menyerlahkan Tekstur Kulit Wajah

Dapat membantu membuat kulit terlihat lebih baik. Seperti lebih licin, cerah, dan halus. Kulit memiliki stratum korneum di lapisan terluarnya yang tebal seiring berjalan waktu dan membuat kulit lebih kusam. Retinol dapat membantu menjaganya lebih tipis.

Saranan GLAM, jika anda baru berjinak dengan retinol, jangan guna setiap malam terlebih dahulu. Guna sekadar dua hingga tiga kali seminggu di awal pemakaian agar kulit beradaptasi. Jika kulit anda mula tunjuk reaksi positif, barulah tambah satu malam dalam rutin anda. Good things takes time, Retinol tidak direka untuk memberikan efek yang segera! Kuncinya konsistensi dan kesabaran. Jangan tinggalkan rutin ini, dan anda akan terlihat dari 6 hingga 12 minggu.

See also
Day Dream with Tous

Artikel berkaitan Maretinol Oil Kurangkan Masalah Kedutan Halus