Pengalaman Wangian Bersama GLAM Beauty Club X CHANEL Parfumeur
GLAM Beauty Club dijemput untuk menghadiri ke sesi wangian eksklusif yang dibawakan khas oleh CHANEL Beauty. Seramai 20 ahli GBC hadir ke sesi CHANEL Parfumeur Masterclass.
Sesi pengalaman wangian bersama CHANEL Beauty merupakan sesi eksklusif di mana hanya 20 ahli terpilih yang bertuah sahaja dipanggil untuk menghadiri ke sesi yang berlangsung di The Met, KL. Sebelum memasuki ke ruang masterclass, ahli dibawa ke ruang pameran N°5 Immersive Space dan LES EXCLUSIFS DE CHANEL untuk melihat sendiri barisan wangian ikonik dan mengenalpasti aroma ikonik CHANEL.
Sesi CHANEL Parfumeur Masterclass dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah Kecantikan GLAM, Julia Azman dan sesi berlangsung selama sejam. Menurut komen ahli tetap GBC, CHANEL Parfumeur Masterclass punya agenda yang peribadi kerana mereka dapat mengenali personaliti diri menerusi wangian CHANEL.
Barisan wangian yang menjadi tumpuan GLAM Beauty Club adalah LES EXCLUSIFS DE CHANEL. Koleksi eksklusif ini punya intipati yang luar biasa dan penceritaan yang membawa emosi, seperti wangian terkini iaitu Comète. Gabrielle Chanel pernah berkata dia mahu mengaburi wanita dengan kerdipan bersinar buruj di langit. Pada 1932, dia menampilkan koleksi high jewelry yang bertemakan Comet dan bintang yang melekap cantik di leher. Di sebalik haruman Comète terserlah efek stardust dan aroma bunga mekar yang mencipta identiti sofistikasi.
Usai sesi CHANEL Parfumeur Masterclass, ahli GBC dibawa pula untuk ke ruang istirehat sambil analisis wangian kegemaran mereka mengikut kesesuaian menerusi program Le Quart D’Heure Alchimique.
Ahli GLAM Beauty Club tidak pulang dengan tangan kosong kerana CHANEL Beauty berbesar hati menyediakan hadiah istimewa sebagai tanda kenangan. Cenderahati bernilai RM800 diberi kepada setiap 20 ahli yang hadir.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai wangian CHANEL, sila layari laman rasmi CHANEL Beauty atau kunjungi ke butik berhampiran.
Artikel berkaitan GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Edisi GLAM Beauty Club