Pengalaman Cantik Edisi Lebaran Bersama GLAM Beauty Club X Lancôme - Glam Malaysia
Pengalaman Cantik Edisi Lebaran Bersama GLAM Beauty Club X Lancome

Pengalaman Cantik Edisi Lebaran Bersama GLAM Beauty Club X Lancôme

Sempena sambutan Lebaran 2024, GLAM Beauty Club X Lancôme secara eksklusif menjemput jurusolek selebriti, Ady Razak dan Beauty Connoisseur, Athina Kamarudin.

Sesi yang berlangsung di butik baharu Lancome iaitu yang terletak di The Exchange TRX ini telahpun berlangsung bersama sejam bersama ahli GBC bertuah dan terpilih. Sesi pengalaman cantik (masterclass) ini juga menjemput jurusolek selebriti terkenal, Ady Razak dalam mencipta kembali ilham solekan wajah sampul GLAM isu Mac 2024, Raisa yang menggunakan barisan produk ikonik Lancôme.

Raisa

Walaupun bukanlah Raisa menjadi Beauty Connoisseur jemputan, tetapi GBC mengajak peragawati muda Athina Kamarudin untuk bersama menjayakan sesi istimewa ini. Sesi dimulakan dengan Ady membuat prepping wajah terlebih dahulu sebelum mengenakan solekan. Katanya wajah hendakah dibaluti kemas dengan produk penjagaan kulit terutama pelembap wajah agar mekap tahan lama dan tidak bercapuk.

Menurut Julia Azman, Pengarah Kecantikan GLAM kala di set pengambaran bersama Raisa. Advanced Genifique Serum merupakan pilihan utamanya. Oleh itu, Ady menggabungkan serum ini bersama beberapa pilihan utama ketika prepping wajah seperti  Absolute Rose 80 Lotion Face Toner, New Clarifique Double Treatment Essence, Advanced Genifique Eye Cream, Renergie HPN 300-Peptide Cream dan UVEX Aqua Gel.

See also
Antara Cinta dan Kebebasan

GBC RAISA

Setelah itu, barulah solekan bermula dengan La Base Pro Primer dan Teint Idole Ultra Wear Foundation yang juga digunakan Raisa untuk cover GLAM. Ady turut menggunakan maskara terbaru Lancôme iaitu Lash Idole. Kalis air dan membuatkan bulu mata lentik di tahap optima. Tidak tinggal melukir alis kening sempurna, Ady menggunakan Brow Define Pencil untuk membentuk kening Athina sempurna.

Produk yang menjadi pilihan Ady dan juga buat kali pertama ia berada di Lancôme iaitu Idole Tint iaitu pembayang mata cecair yang kegunaannya multifungsi. Untuk melengkapi solekan Raisa Edisi Lebaran ini, gincu kegemaran penyanyi terkenal ini iaitu L’Absolu Rouge Intimatte Liquid dalam kod 196. Gincu cecair matte paling mudah dipakai dan tidak meninggalkan kesan bibir kering.

Athina Kamarudin

Artikel pautan Raisa Dan GBC Bertemu Di Lancôme Skin Science Club

Setelah sesi selesai, ahli GBC juga menerima kejutan daripada pihak Lancôme apabila mereka berpeluang untuk membuat servis pemeriksaan kulit, solekan dan wangian secara percuma. Dapatkan produk Lancôme ini di laman rasmi Lancome.my atau kunjungi ke butik Lancôme berdekatan dengan anda.