GLAM Kongsi 5 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering
Setiap orang semestinya mahukan kulit yang bersih dan anjal. Namun, terdapat sesetengah orang sedang mengalami masalah kulit yang kering. Anda tidak perlu risau, GLAM kongsikan 5 pencuci muka untuk kulit kering yang anda boleh cuba untuk mengatasi masalah ini.
Mempunyai kulit kering dan mengelupas sememangya kurang menyenangkan kerana ia boleh menyebabkan wajah kelihatan sangat kusam dan tampak kurang berseri. Oleh itu, penjagaan wajah yang betul seperti menggunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan masalah kulit sangat penting kerana ini dapat membantu mengekalkan kulit wajah kekal sihat.
Untuk pengetahuan anda, kulit muka menjadi kering kerana apabila keadaan kulit tidak mempunyai kelembapan yang mencukupi untuk mengekalkan kulit muka tetap lembut.
Orang yang mempunyai kulit wajah kering biasanya menghasilkan kurang sebum (minyak semulajadi kulit) berbanding dengan orang yang mempunyai jenis kulit lain seperti kulit muka normal, kombinasi atau berminyak.
5 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering
Pencuci muka bukan sahaja bertujuan untuk menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan pada kulit wajah, namun ia juga bertindak sebagai pelembap agar kulit tidak terlalu kering, mengecilkan liang-liang pori dan menjaga keseimbangan tona kulit wajah.
1. Exuviance Professional Gentle Cleansing Creme
Exuviance Professional Gentle Cream Cleanser dirumus khas untuk mereka yang sedang mengalami kulit kering. Ia membantu melembutkan kulit wajah untuk tampak lebih berseri.
Ia juga boleh membersihkan kotoran di muka yang menyumbat liang-liang pori. Pencuci muka ini sangat berkesan untuk menanggalkan solekan tanpa menyebabkan iritasi.
2. Asis-tobe pH Balancing Gel Cleanser
Jika anda masih mencari pencuci muka terbaik untuk kulit kering, Asis-tobe pH Balancing Gel Cleanser harus menjadi pilihan utama anda.
Pembersih muka yang diuji secara dermatologi ini diperkaya dengan Allantoin dan Panthenol untuk memastikan kulit anda kekal terhidrat. Manakala, ekstrak aloe vera dan buah kelapa sangat membantu untuk membersihkan wajah dari kotoran.
3. Clinique All About Clean Liquid Facial Soap
Clinique All About Clean Liquid Facial Soap sesuai untuk semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering atau kulit kombinasi.
Selain itu, ia juga mengandungi bahan penting yang membantu untuk membersihkan kulit wajah tanpa mengeringkan permukaan kulit. Walaupun selepas anda menggunakan pencuci muka ini, kulit anda masih terasa lembut dan lembap.
4. Kora Organics By Miranda Kerr Gentle Cleanser
Kora Organics By Miranda Kerr Gentle Cleanser diperkaya dengan ekstrak buah mengkudu, chamomile, kalendula dan minyak avokado. Khasiat bahan semulajadi ini dapat membantu untuk membersihkan dan melembutkan kulit wajah anda.
Bukan itu sahaja, ia juga membersihkan muka dengan lembut tanpa mengeringkan atau merengsakan kulit. Selain itu, pencuci muka ini juga mengandungi 100% bahan-bahan yang organik.
5. First Aid Beauty Face Cleanser
First Aid Beauty Face Cleanser menggunakan formula khas untuk kulit wajah sensitif. Ia mengandungi campuran bahan botani yang boleh membantu mengurangkan masalah kulit dan memastikan tahap pH kulit kekal seimbang.
Ia juga berfungsi untuk membersihkan wajah anda daripada minyak, solekan, dan kotoran yang menyumbat pori-pori. Kelebihan pencuci muka ini ialah ia dapat mengurangkan kegatalan pada wajah.
Kami sudahpun senaraikan pencuci muka untuk kulit kering terbaik di pasaran buat masa sekarang. Apa pendapat anda? Jangan lupa untuk tinggalkan komen di laman sosial kami!
Artikel Berkaitan: 5 Serum Terbaik Untuk Kulit Kering Agar Kulit Lebih Anjal & Bebas Cela