Tidak sempurna solekan wajah tanpa esensi utama, pemerah pipi! Jenama kosmetik terkemuka, NARS tampil dengan barisan pemerah pipi yang ikonik serba sensual.
“Anda boleh menyerlahkan variasi personaliti bersama pemerah pipi. Namun, semuanya bergantung dengan pemilihan warna dan cara aplikasi,” kata Francois Nars, Pengasas dan Direktor Kreatif NARS. Buat koleksi pemerah pipi, NARS sering tampilkan idea nama yang sedikit nakal serta bersifat provokatif untuk setiap koleksinya seperti Orgasm, Deep Throat atau Sex Appeal.
Kini, produk pemerah pipi ikonik NARS kembali dengan formula baharu yang dinaiktarafkan bersama 20 warna terkini lagi segar paletnya. Pemerah pipi baharu ini hadir dengan formula tahan lama sehingga 16 jam bersama sapuan selesa, kemas dan tidak terasa berat apabila dipakai. Kombinasi pigmen juga membawa empat elemen iaitu impak tinggi, warna lebih menyerlah, formula lembut bab sutera dan melitupi cela di wajah.
Buat Francois Nars, pemerah pipi mencetuskan perasaan kerana apabila ianya disapu pada wajah terutama bahagian pipi ia membangkitkan emosi dan mood. Warna-warna seperti provokatif merah jambu terang hingga ke merah menyala mencetus legasi tersendiri. Samada anda ingin membuat kontur wajah atau sekadar menyerlahkan ruang pipi ianya adalah terpulang kepada individu. Kali ini, NARS menampilkan 20 warna baharu termasuk pilihan signature samada dalam tekstur matte, satin dan berkilat. Pilihan GLAM seperti Orgasm X kod 776, Obsession kod 923 dan Exhibit A kod 953.