Pembeli "Kylighters" Hanya Menerima Bungkusan Kosong Daripada Kylie Cosmetics - Glam Malaysia

Pembeli “Kylighters” Hanya Menerima Bungkusan Kosong Daripada Kylie Cosmetics

Jika sebelum ini Kylie Cosmetics pernah dikecam pembeli akibat bau kuat yang datang daripada palet pembayang mata mereka yang mengakibatkan sakit kepala.

 

Kali ini, mereka mempersoalkan Kylie Cosmetics kerana produk yang diterima mereka hanyalah bekas kosong.

 

Pada Februari lalu, Kylie Cosmetics mengumumkan kedatangan “Kylighters” (sebuah rangkaian highlighter) yang membuatkan peminat-peminat Kylie Cosmetics sangat teruja dengan pengumuman itu.

 

Namun apabila mereka mula menerima bungkusan daripada Kylie Cosmetics, apa yang mereka dapati hanyalah bungkusan tanpa produk tersebut.

 

Mereka yang sudah membeli rangkaian “Kylighters” ini mula berkongsi gambar kotak-kotak kosong pada laman media sosial mereka dalam usaha mereka untuk mendapatkan penjelasan daripada Kylie Cosmetics.

 


 


 


 


 


 

See also
DEANNA IBRAHIM

Pihak Kylie Cosmetics nampaknya memberikan tindak balas yang cepat untuk mengatasi isu ini.