Pembayang Mata Magis : Ombre Première - Glam Malaysia

Pembayang Mata Magis : Ombre Première

Ombre Première Longwear Powder Eyeshadow

William Shakepsear pernah menyatakan bahawa “the eyes are the window to your soul” dan nampaknya kenyataan ini disokong oleh Chanel dengan pelancaran rangkaian pembayang mata Ombre Première.

 

Bernuansa, berani, elegan, serta intuitif antara adjektif yang boleh digunakan untuk menerangkan rangkaian yang dihasilkan oleh Pereka Solekan dan Warna Kreatif Global Chanel, Lucia Pica.

 

Rangkaian ini terdiri daripada pembayang mata dengan rona warna yang berani daripada biru azure sehinggalah ke kuning kenari sambil diselitkan dengan rona seperti violet dan juga kelabu perak.

 

Keistimewaan pembayang mata ini terletak pada kemasan iridescent yang boleh dikecapi melalui penggunaan mutiara asli. Pada masa yang sama, solekan mereka akan tampak semulajadi dan tidak berlebihan.

 

Koleksi Ombre Première ini juga bertujuan untuk mengalakkan pembeli untuk mencuba sesuatu yang baru sama ada dengan menggunakan satu rona warna sahaja untuk mata mereka ataupun mencampurkan rona-rona yang bisa menonjolkan solekan mereka.

See also
Tips Memilih Meja Sisi

 

Dengan konsep pembayang mata ibarat kulit kedua, Pica menggunakan kepakarannya untuk menghasilkan rangkaian pembayang mata yang sesuai untuk apa jua situasi yang bakal anda lalui.

 

Ombre Première Longwear Cream Eyeshadow