Pelakon Cate Blanchett Enggan Mengikut Standard Kecantikan Hollywood
Sudah menjadi kelaziman untuk khalayak umum menentukan standard kecantikan tertentu untuk selebriti wanita dan Cate Blanchett refuses to live by it.
Dunia Hollywood boleh dikatakan kejam apabila membincangkan selebriti-selebriti wanita mereka yang lebih berusia dan “tidak menjaga diri mereka” supaya kelihatan lebih ageless dan mengikut standard tidak masuk akal mereka.
Penerima anugerah Academy Cate Blanchett yand sudah berkecimpung dalam industri ini hampir 25 tahun merupakan antara selebriti yang tidak mengambil peduli mengenai hal ini dan dia juga merasakan standard yang ditetapkan oleh Hollywood ini sebagai “a bit crazy.”
Blanchett menyatakan pendapatnya mengenai hal ini melalui satu temu bual bersama The Cut.
“Semasa saya mula bekerja dalam industri filem, saya bekerja dengan ramai wanita. Ada yang berminat dengan kerja dan watak mereka. Namun ada juga yang lebih berminat dengan rupa mereka. Saya sedar yang saya tidak mahu menjadi seperti yang kedua itu. Saya hanya ingin berminat kepada kerja saya,” nyata Blanchett.
Dia juga menerangkan rasa tidak puas hatinya mengenai double standard yang ditetapkan untuk wanita:
“Terlalu banyak tekanan. Saya benar-benar inginkan detik di mana wanita tidak bersifat jahat kepada wanita lain mengenai hal ini, dan tidak menghakimi apa pun yang wanita-wanita ingin lakukan. Saya tidak mengharapkan semua orang mengikut rutin kecantikan saya berminat. Setiap orang adalah berbeza tetapi ianya lebih bagus jika kita tidak memberi tekanan kepada diri sendiri.”
Pelakon itu juga mengaitkan isu ini dengan pengalamannya sepanjang berada dalam industri di Hollywood ini dengan menyatakan yang terdapat tekanan yang banyak untuk wanita supaya dilihat dalam cara-cara tertentu dan mempunyai fikiran yang rupa luaran mereka adalah bahagian paling penting perwatakan dan personaliti mereka.
“Bagi saya, ia adalah untuk kelihatan sebaik mungkin tanpa mengira usia. Falsafah saya adalah untuk menggunakan apa yang anda ada. Untuk menjadi selesa dengan diri anda sendiri… Tetapi itu hanya pendapat saya,” Blanchett menyimpulkan.