Pati Avokado Rahsia Kulit Badan Kering - Glam Malaysia

Pati Avokado Rahsia Kulit Badan Kering

The Body Shop hadir dengan rangkaian Vegan terbaru menerusi pati buah Avokado yang diterbangkan khas dari Afrika Selatan.

Musim panas punca kepada kenapa kulit badan makin tidak berkhasiat, kering dan menggerutu. Rutin tetap penjagaan badan sudahpun terlaksana, namun masih tidak dapat rawati seperti sediakala. The Body Shop menerusi rangkaian Vegan terbaru hadir dengan solusi terbaik untuk masalah kulit kering terutama tubuh badan.

Seperti kulit wajah, kulit badan juga dahaga akan belaian manja anda! Rangkaian lengkap Avokado ini cukup merawati masalah kulit kering dengan serta-merta. Menerusi sumber yang berkhasiat, patinya khas diterbang jauh dari Afrika Selatan yang menampilkan tiga tekstur yang inovatif, cukup menyerap tenaga positif pada tubuh badan. Setiap kandungan yang dihasilkan adalah diperbuat daripada sekurang-kurangnya 94 % bahan semulajadi. Kebanyakan ramuan diperkaya dengan buatan tangan shea butter oleh Community Fair Trade Shea Butter dari Ghana.

Aroma segar yang memikat hati ini punya sedikit gabungan bau buah epal, badam dan sayur-sayuran hijau dan sudah tentu yang palig utama buah avokado serta pelengkap aroma yang cukup menenangkan seperti pati kelapa dan vanilla.

See also
Cuba #Veganuary Bulan Ini

Tekstur mewah, lebih lestari

Dalam memperkasakan kekuatan manusia dan bumi itulah tanggungjawab utama The Body Shop. Itulah punca minyak avokado yang digunakan telah ditanam secara sustainable mengikut amalan pertanian yang sihat. Ini kerana dapat melindungi penggunaan air berlebihan dan pemulihan ekosistem.

Artikel berkaitan Rahsia Kulit Lembap 72 Jam

Rangkaian avokado yang diperbuat khas daripada minyak avokado sustainable ini hadir dengan dua pilihan terbaik iaitu Body Butter dan Shower Cream dalam dua saiz berbeza dengan harga mampu milik. Sebelum terlambat atau kondusi kulit makin tidak sihat, segera rawat dan belai bersama koleksi The Body Shop Avocado.