Palet Solekan Mesti Milik Ketika Ini - Glam Malaysia

Palet Solekan Mesti Milik Ketika Ini

Jika anda perasan hujung tahun biasanya akan banyak label kosmetik yang tampil dengan palet solekan, dan warna-warna yang terkandung dalam palet ini baisanya tampil versatil yakni boleh dipakai pada pipi juga mata. Lagi satu, mungkin sudah terbiasa dengan hukum-hakam musim perayaan juga percutian hujung tahun, rata-ratanya menampilkan elemen berkilau (glittery) dalam palet solekan ini. GLAM memilih lima yang akan disukai. 

COUTURE COLOUR CLUTCH PALETTE, HOLIDAY 2020

Penutup tahun ini YSL Beauty mahu semua wanita tampil bold dan ‘liar’ dengan himpunan warna yang lebih menonjol. Malah bungkusan palet ini sendiri dilatari dengan bungkusan bercetak kulit harimau bintang. Palet ini tampil dengan 10 warna yang cukup meriah, selain ton tanah ada juga biru, hijau dan jingga.

DIOR BACKSTAGE GLOW FACE PALETTE

Hujung tahun ini Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior Makeup terinspirasi untuk menghasilkan koleksi yang banyak dipengaruhi ton emas. Menurutnya, ton emas adalah rahsia belakang pentas yang banyak mencantikkan wajah-wajah model yang berbeza-beza ton kulitnya. Baginya ton emas itu pelbagai dan bersifat universal, setiap ton emas itu berpadanan dengan semua warna kulit. Musim ini Peter Philips menyajikan tiga palet dalam ton emas, ada yang dalam warna rose gold, gangsa dan champagne, dan setiap satunya punya kesan kilau yang menarik. 

ANASTASIA BEVERLY HILLS SOFT GLAM II MINI EYESHADOW

See also
Solekan Ketika Bersukan

Palet mini ini pasti jadi kesukaan kerana saiznya mesra tas tangan. Warna-warnanya pula memang warna popular dan dikira selemata untuk solekan Harian juga untuk ke majlis istimewa. Saya kira warna palet ini sangat versatil kerana Jika bijak disuai-padan boleh mencipta pelbagai gaya solekan. 

KLIK: 6 HAL MENARIK TENTANG MASKARA

SMASHBOX HALO CHEEK PALETTE

Palet dua dalam satu, boleh dilayangkan apda pipi dan juga Boleh dijadikan sebagai pembayang mata. Empat warna disajikan dan diinspirasikand aripada tema percutian hujung tahun. Palet ini mempunyai ton berkilau dari ton champagne, mauve dan ton koral. Teksturnya bagaikan baldu dan mudah dimesrakan pada kompleksi kulit. 

BECCA x BARBIE FERREIRA PRISMATICA FACE PALETTE

Satu lagi palet untuk mata dan pipi tetapi yang ini hadir dalam ton dan tekstur yang lebih bold, sesuai untuk anda yang mahukan sesuatu yang lebih menonjol. Ada lima warna berbeza untuk membuatkan mata dan koseluruhan wajah lebih menyerlah. Ia hadir dengan Prismatic Pigments yang membuat solekan tampak berdimensi. Menariknya produk Becca adalah vegan dan diiktiraf oleh People for the Ethical Treatment of Animals (PETA).

See also
Tutorial Mudah Untuk Rambut Menawan

BACA: INSPIRASI EMAS UNTUK DIOR BACKSTAGE OLEH PETER PHILIPS