Palet Eyeshadow Terbaru Daripada Bintang Realiti Kegemaran Ramai - Glam Malaysia

Palet Eyeshadow Terbaru Daripada Bintang Realiti Kegemaran Ramai


 

Kylie Jenner dan jenama kosmetiknya Kylie Cosmetics bakal memulakan tahun 2017 dengan pelancaran palet eyeshadow terbesar yang mereka pernah keluarkan.

 

Seperti biasa, Kylie menggunakan akaun Snapchatnya untuk ‘mengumumkan’ dan memberikan sedikit teaser buat pengikut-pengikutnya di Snapchat dengan menunjukkan palet eyeshadow terbarunya yang bakal dilancarkan dengan nama Royal Peach Palette yang menampilkan 12 warna semua sekali (palet-palet sebelum ini hanya mempunyai 9 warna).

 

Palet terbaru daripada Kylie Cosmetics ini terdiri daripada warna-warna yang mempunyai warna asas yang berona pic (peach) dengan kemasan berkilau dan metalik.

 

Dua gaya solekan ini menjadi inspirasi Kylie untuk menghasilkan palet ini.

 


 


 

Dalam video-video yang dikongsikan oleh Kylie, anda dapat melihat dengan jelas sebenarnya apabila dia swatch warna-warna yang terdapat dalam palet ini di atas kulitnya sendiri.

See also
Remaja Paling Berpengaruh Di Dunia Untuk Tahun 2017

 


 


 

Royal Peach Palette ini boleh didapati pada 12 Januari 2017 di kyliecosmetics.com.