NITA Cosmetics melancarkan barisan gincu yang menyelerakan sesuai dengan kolaborasi bersama Secret Recipe.
Sesuai untuk meraikan kehadiran Syawal. NITA Cosmetics bersama Secret Recipe membuat kolaborasi unik antara dunia kecantikan dan makanan. Pernahkah anda menemui gincu yang berinspirasikan manisan? Jenama kosmetik tempatan ini pilihan wanita GLAM dan cukup terkenal dalam kalangan penggemar kecantikan lokal. Koleksi edisi terhad ini selaras dengan hidangan manisan ikonik di Secret Recipe. Kolaborasi ini disifatkan cukup menyeronokkan kerana padanannya yang unik. Sambil bergincu, sambil makan kek tanpa perlu risau warnanya akan hilang. Kerana barisan gincu mempunyai tekstur yang ringan dan tahan lama.
Untuk kolaborasi ini Secret Recipe menampilkan edisi istimewa iaitu koleksi Classic Cake dan Signature Cake dan NITA tampilkan dua gincu cecair dan pemerah pipi tekstur cecair. Barisan produk ini juga berinspirasikan koleksi kek termasuklah nama kek. Seperti gincu cecair Chocolate Indulgence mini-matte terserlah bau coklat kek.
Daripada kesegaran kek keju berkrim kepada citara coklat yang menyelerakan, pelbagai perisa akan memuaskan selera anda. Koleksi yang menyelerakan ini juga didatangkan dalam pembungkusan berinspirasikan retro, ditempatkan dalam kotak kek berbentuk segi tiga merah jambu yang menampilkan ilustrasi meriah.
Untuk edisi terhad Secret Recipe X NITA Cosmetics, anda boleh dapatkan di laman sosial NITAdengan harga RM59.00. Dapatkan promosi ini dengan segera di kedai Secret Recipe berdekatan dengan anda. Sambil membeli gincu sambil makan kek signature!