Nicola Peltz Beckham Bukti Kening Nipis Masih Trend - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Nicola Peltz Beckham Bukti Kening Nipis Masih Trend

Nicola Peltz Beckham Bukti Kening Nipis Masih Trend

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Trend Y2K Kembali

Namun, jika kita lihat generasi Z, anak muda hari ini lebih obses dengan trend era Y2K. Semakin menjadi-jadi kegilaan mereka ini. Ini termasuk trend kening nipis yang popular pada era itu. Dan ianya serta-merta menjadi ikutan anak muda hari ini. Well, jika dekat Malaysia, belum kita nampak sepenuhnya anak muda menggayakan trend ini, akan tetapi di luar negara, trend ini mula membuat comebacknya yang tersendiri.

Nicola Peltz Beckham muncul di Academy Museum Gala yang berlangsung di Los Angeles beberapa minggu lalu dengan solekan kening nipis. Dan secara jujurnya, dia kelihatan sangat cantik!

Bella Hadid & Julia Fox

Ada sesetengah daripada kita sebenarnya masih ragu-ragu untuk menggayakan trend kening halus ini kerana risaukan bentuk wajah yang bakal kelihatan kelakar. Namun, Nicola buktikan semua tanggapan kita ini salah. Jurusolek yang bertanggungjawab menyolek wanita ini, Yumi Mori, mengenakan solekan mata yang minimal hanya layangan pensel mata bersama maskara. Kemudian Bahagian wajah lain juga disolek tipis dengan solekan bibir rona nude. 

See also
Palet Wajah Hourglass Untuk Musim Percutian

Bella Hadid adalah seorang lagi ikon kening nipis anda. Dia sememangnya memiliki kening yang sudah sedia halus. Namun semenjak tahun yang lalu, keningnya kelihatan lebih nipis berbanding biasa. Selain trend ini, kening yang diluntur juga menjadi pilihan. Antara yang sering dilihat bersama bleached brows adalah Julia Fox.

Kening Nipis

Gambar: Instagram Bella Hadid

 

Pautan Berkaitan: 3 Bintang Legenda Hollywood Yang Mengamalkan Diet Aneh