Use your ← → (arrow) keys to browse
Sekejap trending sekejap tidak, namun apabila Nicola Peltz Beckham tampil dengan solekan kening nipis, semua peminat kecantikan terus terbuka mata!
Jika bercakap tentang kening nipis, ia sebenarnya mula diperkenalkan pada tahun 1920-an. Setelah berdekad kemudian, tahun 1990-an hingga ke 2000, menyaksikan trend ini kembali popular. Ketika itu, ikon seperti Kate Moss, Gwen Stefani juga Christina Aguilera menjadi pengaruh hebat dalam solekan kening ini.
Memasuki tahun 2010, trend kening nipis ini semakin mula dilupai kerana munculnya ikon Cara Delevingne yang memperkenalkan kening tebal. Namun, jika kita masih ingat, tahun 2018, Rihanna pernah muncul sebagai wajah muka depan Vogue dengan solekan kening nipis dan ramai menganggap trend ini akan menjadi popular waktu itu. Menurut kami, tidak. Sehingga kini, trend kening tebal ini masih menjadi kegemaran sesetengah peminat kecantikan. Rata-rata mereka ini adalah daripada generasi Millenial.