Mogul Kecantikan Mana Lebih Kaya - Kylie Jenner Atau Rihanna? - Glam Malaysia
Mogul Kecantikan Mana Lebih Kaya - Kylie Jenner Atau Rihanna?

Mogul Kecantikan Mana Lebih Kaya – Kylie Jenner Atau Rihanna?

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bukan hanya di Malaysia, di luar negara juga jenama kecantikan selebriti tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Paling terkini disenaraikan sebagai mogul kecantikan adalah Jennifer Lopez dan Selena Gomez, membuktikan perniagaan kosmetik sememangnya sangat menguntungkan.

Di antara semua rangkaian kosmetik selebriti Hollywood, jenama Kylie Jenner dan Rihanna merupakan yang paling popular di pasaran dan mendapat tempat di hati peminat sekarang ini.

Bintang Keeping Up With the Kardashians ini melancarkan Kylie Cosmetics pada 2015. Bermula dengan hanya menjual kit bibir kepada peminat setia, perniagaan kosmetiknya semakin berkembang dengan pelancaran pelbagai produk termasuk palet pembayang mata, highlighter dan glos bibir.

Rihanna pula melancarkan Fenty Beauty pada 2017 dan menerima pujian pengkritik kerana menawarkan inklusiviti yang luas untuk pelbagai tona kulit dan jantina. Ia berjaya menarik minat pencinta kecantikan serata dunia sehingga memperoleh jualan tahunan sebanyak RM2.3 bilion pada tahun 2018 sahaja.

Namun yang menjadi persoalan adalah jenama kecantikan mana lebih hebat, Kylie Cosmetics atau Fenty Beauty?

See also
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Pengganti

Foto: TheThings