Minyak Rosemary Untuk Lebatkan Rambut
Minyak Rosemary menjadi bualan hangat di TikTok! Keberkesanannya sangat luar biasa. GLAM kongsi manfaat minyak ini.
Selepas minyak Lavender, minyak Rosemary sejak akhir-akhir ini menjadi topik hangat di laman TikTok. Rata-ratanya memberi reaksi positif terhadap potensinya dalam pertumbuhan rambut. Menurut kajian, minyak Rosemary ini mengandungi Minoxidil yang boleh membantu menebalkan rambut dalam jangka masa 6 bulan.
Ini manfaat minyak Rosemary perlu anda tahu?

Membantu melebatkan rambut
Minyak Rosemary dengan manfaat Minoxidil dan bahan aktif dalam Rogaine (pertumbuhan rambut) khas untuk melebatkan rambut dalam jangka masa 6 bulan.
Sifatnya Antimikroba
Minyak Rosemary mempunyai sifat Antimikroba dan Anti-inflamasi yang dapat menenangkan kulit kepala.
Membantu mengatasi kelemumur
Sifat Antimikroba dan Anti-inflamasi boleh mencegah kelemumur dan kulit kepala berjerawat.
Mengelakkan rambut nipis
Rambut semakin nipis disebabkan kerosakan rambut yang teruk. Minyak Rosemary ini boleh mencegah penipisan akibat penuaan dan kondisi hormonal.
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

