Millennial It-Girl: Fyrone Taylor
Kenali wajah baharu di dalam industri fesyen lokal hari ini, Fyrone Taylor, yang menjadi wajah Millenial It-Girl bulan ini!
GLAM menemu bual secara eksklusif pempengaruh digital, DJ kini peragawati, Fyrone Taylor tentang rutin cantik dia dan kembarnya
GLAM Kongsi Rutin Cantik Fyrone Taylor
1) Boleh kongsikan dengan kami, rutin kecantikan anda setiap hari?
Saya tidak memiliki rutin yang banyak. Hanya yang asas namun lengkap seperti rutin mencuci muka, sapuan toner juga melembap wajah. Jenama kegunaan harian saya adalah daripada Biotherm. Namun, pada sebelah malam, saya akan memanjakan wajah dengan sapuan krim La Mer. Tidak dilupakan, pengambilan air putih dan tidur yang cukup juga amalan yang penting saya amalkan.
2) Memandangkan anda memiliki pasangan kembar, bagaimanakah rutin anda berdua? Adakah sama?
Sudah tentu! Kami berkongsi rutin yang sama kerana jenis kulit kami juga tiada beza. Dan kulit kami pula jenis kering dan sensitif jadi kami menggunakan produk yang minimal sahaja. Jika ada perbezaan sekalipun, mungkin pada solekan! Haha, kerana kami tidak suka kelihatan terlalu “sama”, jadi kami lakukan solekan yang berbeza. Saya sukakan gaya yang lebih cool dan edgy, manakala kembar saya sukakan sesuatu yang lebih natural dan lembut.
3) Bagaimana dengan solekan harian pilihan anda?
Saya hanya akan menyerung pembayang dan penggaris mata. Namun, tidak terlalu strong. Yang paling penting bagi saya ialah maskara. Ini kerana, jika saya tidak menyarungnya, maka mata saya akan kelihatan seperti kepenatan. Gincu bibir juga penting!
4) Haruman kegemaran anda buat masa kini?
Cedrat 37 Berlin daripada Le Labo Fragrance! Saya juga kumpul pelbagai jenis haruman dan suka menyarungkan haruman lain-lain setiap hari mengikut mood.
5) Item cantik mesti miliki dalam tas tangan?
Semestinya gincu bibir. Saat ini, di dalam tas tangan saya ada 3 jenis gincu bibir! Jika saya menyarung tas tangan yang lebih besar, mungkin ada 7 gincu bibir di dalamnya haha! Pilihan rona yang akan saya bawa kemana-mana adalah rona nude, merah lembut juga koral.
6) Siapakah idola cantik kamu?
Saya amat meminati Pony, beauty guru daripada Korea. Teknik solekannya amat luar biasa!
Pautan Berkaitan: Sejenak Bersama Adriana Adnan