Merealisasi Raut Wajah Idaman - Glam Malaysia

Merealisasi Raut Wajah Idaman

Kekal cantik berpanjangan impian wanita dalam merealisasikan wajah idaman dan bebas penuaan yang ketara. 

Siapa yang bisa menentang fitrah kehidupan, usia akan terus bertambah dan peningkatan umur ini ada kesannya kepada diri kita baik rohani mahupun jasmani. Tetapi, pilihan ada di tangan kita, bagaimana kita mahu berhadapan dengan hakikat kehidupan ini, sama ada hanya mengikut sahaja tanpa sebarang ada usaha untuk memelihara apa yang dikurniakan (kesihatan dan rupa fizikal) atau kita melakukan sesuatu agar kita dapat mengekalkan atau memperlahankan kesan penuaan itu. Dan apabila bercakap tentang penuaan, perkara pertama yang terlintas adalah tentang perubahan fizikal. 

FACIAL FILLER 

Namun dengan adanya perkembangan teknologi hari ini, raut wajah dan keadaan kulit boleh diperbaiki termasuklah memperlahankan tanda penuaan dan juga memperbaiki bentuk wajah menerusi suntikan filler. Di pasaran terdapat banyak klinik aestatik yang menawarkan khidmat ini namun usah main cuba sahaja, perlu cari yang dipercayai dan diakui kualitinya. Juvéderm® antara facial filler yang diakui kualitinya, dipercayai jenama HA Filler No.1 di dunia*12

Kesan pencemaran, cahaya matahari, tekanan dan gaya hidup juga menjadi faktor tanda penuaan yang ketara. 

Suntikan filler Juvéderm® mampu membentuk bahagian wajah tertentu termasuklah membuatkan pipi tampil lebih gebu, mengurangkan garis halus dan juga memungilkan bibir. Misalnya Juvéderm® Volux, ia mampu membantu membentuk rahang dan dagu yang lebih tajam, hasilnya boleh bertahan selama 18 ke 24 bulan1-4 , bergantung kepada jenis rawatan yang dipilih. 

Juvéderm® facial filler mengandungi Anesthetic5-9 yang mana membantu mengurangkan ketidakselesaan sewaktu prosedur berlangsung. Rangkaian ini direka untuk merawat bahagian wajah tertentu dan hasilnya boleh dilihat sebaik rawatan disempurnakan. Kesan sampingan mungkin ada, jadi sangat penting untuk anda berbincang dengan pakar aestatik untuk menentukan sama ada Juvéderm® bersesuaian dengan anda atau sebaliknya. 

Selepas rawatan biasanya wajah akan sedikit bengkak dan kemerahan5-9, namun itu tidak menghalang anda menjalani hari seperti biasa, dan ini juga bergantung kepada jenis rawatan yang diterima10. Biasanya selepas rawatan, pakar akan meminta anda tidak mengenakan mekap pada bahagian yang dirawat, berada di bawah cahaya matahari terlalu lama, pergi ke sauna, cahaya UV mahupun berada di tempat yang terlalu sejuk buat seketika11. Pakar yang merawat juga akan menasihatkan anda untuk membuat rawatan susulan supaya hasil yang dimahukan tahan lebih lama. Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi laman web rasmi Juvéderm® di https://www.juvederm.com.my atau di laman Facebook https://www.facebook.com/JuvedermMY/?ref=py_c

Artikel berkaitan Hapuskan Stigma Facial Filler  

RUJUKAN
1. Eccleston D et al. Clin Cosmet Investig Dermatol 2012;5:167-72. 2. Dayan S et al. Aesth Surg J. 2020; 40:767-777. 3. Callan P et al. J Clin Cosmet Investig Dermatol 2013;6: 81- 89. 4. Ogilvie P et al. Aesth Surg J. 2020; 1-12. DOI: 10.1093/asj/sjaa013 5. Juvéderm® Volite DFU 6. Juvéderm® Volbella DFU 7. Juvéderm® Volift DFU 8. Juvéderm® Voluma DFU 9. Juvéderm® Volux DFU 10. Philipp-Dormston WG et al. J Cosmet Dermatol 2014;13: 125-134. 11. Vedamurthy M et al. J Cutan Aesthet Surg 2010; 3:11-15 12.“Allergan. Unpublished Data. INT/0771/2016(2) JUVÉDERM®, the world’s leading brand of hyaluronic acid facial fillers. Feb 2019.”

POST A COMMENT