Helah Solekan Natural

Helah Solekan Natural

NEW YORK FASHION SHOW SPRING SUMMER 2015Gambar: TPGVIP

 

Solekan natural kini menjadi pilihan wanita kala berdandan. Malahan rumah fesyen mula menghantar model dengan solekan minimal di pentas peragaan. Say goodbye to heavy makeup, raut rupa semula jadi yang fresh mencuri perhatian! Namun untuk mencapai efek glow itu juga ada taktik yang perlu diberi perhatian. GLAM kongsi helah solekan natural.

 
 1. Campurkan pelembab serta concealer untuk mendapatkan kulit sihat bercahaya. Selain boleh digunakan untuk menyamar noda diwajah, concealer juga mampu menutup lingkaran hitam bawah mata seterusnya memberi kesan segar. Gunakan jari untuk meratakan concealer di sekitar mata.
 
2. Kesan segar pada mata juga boleh dicapai menggunakan pembayang mata cream. Jika mahu, gunakan maskara pada bulu mata. Tetapi ingat, hanya satu layer sahaja.
 
3. Kening yang terbentuk kemas merupakan nadi kepada solekan minimalis. Rapikan kening dengan pensil kening atau brow gel.
 
4. Untuk menaikkan seri di pipi, sapukan cream atau pink blush di bahagian tulang pipi.
 
5. Bibir lembab dan sihat melengkap solekan natural. Cukup sekadar menggunakan lip conditioner. Namun jika mahukan sedikit warna di bibir, warna pic adalah helahnya.
 
 

See also
Gabungan Dua Jenama Kosmetik Ternama