Maria Borges Dipilih Sebagai Muka Baru L’Oréal Paris - Glam Malaysia

Maria Borges Dipilih Sebagai Muka Baru L’Oréal Paris

Maria Borges, seorang model yang seringkali muncul di atas pentas peragaan Victoria’s Secret telah dipilih sebagai muka baru untuk L’Oréal Paris.

 

Borges menjadi bualan ramai semasa pertunjukan fesyen Victoria’s Secret pada tahun 2015 kerana menjadi model pertama yang tampil di atas pentas peragaan jenama tersebut dengan rambut afronya.

 

?? Brasil estou chegandoooo!!! Count down to Brazil. ⏳@sivan_miller #rio #carnival2017 #mocidade #MBcarnavalmuse

A post shared by MARIA BORGES (@iammariaborges) on

Model yang berasal dari Angola ini memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan sejak tahun 2010 dan dunia fesyen ibarat jatuh cinta dengan gadis 24 tahun ini dan namanya terus melonjak naik dalam industri ini.

 

Maria pernah bekerjasama dengan L’Oréal beberapa kali sebelum ini tetapi kontrak barunya ini meletakkan model muda ini pada taraf Blake Lively, Jennifer Lopez, Liya Kebede, dan Doutzen Kroes.

See also
GLAM Deko Libur - 4 Hotel Butik Asia Tercantik

 

Sebahagian daripada perjanjiannya bersama L’Oréal membolehkan dia membawa seorang model baru untuk berjalan di atas pentas peragaan semasa Minggu Fesyen paris dan Maria telah memilih seorang model dari Nigeria Olamide Ogundele.

 

A post shared by MARIA BORGES (@iammariaborges) on

Kontrak Maria bersama L’Oréal termasuklah penampilannya dalam kempen-kempen antarabangsa mereka dan juga sebagai wakil mereka semasa acara-acara media.

 

“Saya percaya kepada kecantikan dalam kepelbagaian dan sebuah mesej untuk seorang gadis yang bermula dari bawah berupaya untuk menjadi simbol kecantikan antarabangsa dan menjadi bukti yang impian kita benar, dan masa hadapan kita juga cerah,” nyata Maria.