Marc Jacobs Beauty Menampilkan Kecantikan Anak Cindy Crawford
A post shared by Marc Jacobs Beauty (@marcbeauty) on
Seorang lagi anak kepada veteran industri nampaknya bakal menempa namanya sendiri dengan pelancaran kempen terbarunya bersama sebuah jenama ternama.
Kaia Gerber anak kepada supermodel Cindy Crawford, yang berusia 15 tahun, telah pun ditampilkan sebagai muka baru untuk Marc Jacobs Beauty ikutan pengumuman yang di buat oleh Marc Jacobs pada September lalu.
Marc Jacobs Beauty mengeluarkan video yang dibintangi oleh Kaia itu baru-baru ini dan remaja itu nampak gayanya telah mewarisi kecantikan ibunya seperti yang boleh dilihat dalam video tersebut.
A post shared by Marc Jacobs Beauty (@marcbeauty) on
Dalam video bertemakan tahun 80-an itu Kaia kelihatan sangat ranggi dengan gayanya sambil menampilkan produk terbaru daripada Marc Jacobs Beauty: Highliner Matte Gel Eye Crayon yang terdiri daripada eyeliner jel pelbagai rona dengan kemasan matte.
Kaia yang sudah lazim dengan jenama tersebut menyatakan keterujaannya kerana dapat bekerjasama dengan Marc untuk kempen terbarunya ini.
“Saya selalu memastikan rupa saya mudah, sangat semulajadi, tetapi saya juga suka berseronok dengan alat solek kerana saya masih muda. Marc sangat menakjubkan dalam hal itu!” terang model muda itu.
Model cilik itu juga menyatakan bahawa pujian orang ramai terhadap ibunya menjadikan pembakar semngat untuk dirinya supaya bekerja dengan lebih keras dalam dunia peragaan ini.
A post shared by Marc Jacobs Beauty (@marcbeauty) on