Manjakan Wajah Secara Personalisasi Pertama Dunia - Glam Malaysia

Manjakan Wajah Secara Personalisasi Pertama Dunia

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Semestinya anda mahukan hasil kulit cantik secepat yang mungkin. Konsep ‘Personalised Beauty’ yang diperkenalkan oleh Skin Inc raih perhatian dunia.

Apabila teknologi dan sains mendahului kehidupan duniawi, maka wujudlah konsep Rebooting Beauty yang cukup mengagumkan. Kini, masa depan dalam penjagaan kulit wajah terletak pada diri anda sendiri, anda yang mencorakkannya. 

Kehadiran Skin Inc ini meraih perhatian dunia termasuklah barisan A-list yang turut tergila-gila akan kecanggihan produk dan alatan kecantikan dari Skin Inc. Jenama dari Singapura ini mula diperkenalkan pada tahun 2018 oleh Sabrina Tan dikatakan ada kunci rahsia setiap masalah kulit anda. Menurutnya, selepas kegagalan dia mencari solusi di pasaran terhadap masalah kulitnya yang sensitif dan jenis ekzema, buatkan dia bersama ahli saintis mencipta satu solusi masalah kulit secara maya melalui Artificial Intelligence (AI) untuk customise produk terbaik mengikut kesesuaian kulit secara cepat.

Barisan selebriti atau  Beauty Influencer terkenal yang cukup menggilai produk ini seperti Jamie Chung, Son Ye-Jin dan Chriselle Lim. Kali pertama Skin Inc dilancarkan saat memperkenalkan barisan customized cocktail serum yang terkandung lebih 10 bahan aktif. Sehingga hari ini ia sudahpun menghasilkan lebih 60 formulasi, alatan penuh inovasi. Termasuklah Maskliner untuk mengelakkan masalah Maskne. Tidak lupa hero products seperti My Daily Dose Serum dan peranti Optimizer Voyage Tri-Light LED.

See also
Change is Good
Produk terbaik My Daily Dose Serum

Tingkatkan rutin malam bersama Custom Recovery Sleep Mask iaitu pertama di dunia dengan beri kelembapan secara 24 jam dan selaras dengan reaksi badan pada waktu malam. Caranya mudah untuk anda kenali apakah sesuai, dengan jawab kuiz SKIN ID untuk memudahkan proses mengenali masalah kulit anda.

CONTOH SKIN ID BOLEH MENGENALPASTI MASALAH KULIT DENGAN EFEKTIF HANYA DI LAMAN SKIN INC