Malunya…Lengan Berlemak! Ini Tip Mudah Mantapkan Lengan - Glam Malaysia
Malunya…Lengan Berlemak! Ini Tip Mudah Mantapkan Lengan

Malunya…Lengan Berlemak! Ini Tip Mudah Mantapkan Lengan

Dulu sewaktu umur 20-an, baju semua tanpa lengan! Umur makin menginjak mulalah lengan makin menggeleber dan berlemak! Stres betul! GLAM kongsi tip mudah untuk mantapkan lengan semudah yang boleh

Pernahkah anda berhenti memakai baju tanpa lengan hanya kerana lemak terkumpul di bahagian itu? Ada banyak cara boleh anda lakukan untuk pastikan lemak tidak menjadi halangan untuk anda bergaya hebat dengan ceraian tanpa lengan. GLAM kongsi langkah untuk menghilangkan lemak terutama pada bahagian bawah lengan yang mudah menggeleber.

Madonna

Langkah 1: Diet, Amalan Makanan Sihat

Anda perlu diet yang ketat untuk menghilangkan lemak badan secara keseluruhan seterusnya membantu menghilangkan lengan menggeleber dengan cepat. Daging tanpa lemak, ayam belanda dan ikan, sayur-sayuran sihat, buah-buahan dan kacang, biji-bijian dan makanan yang mengandungi serat yang tinggi adalah bagus untuk diet anda. Tinggalkan makanan segera seperti burger, kentang goreng, pizza, sos dan soda.

Langkah 2: Latihan Cardio

Untuk menghapuskan lemak pada bahagian tangan ini, diet sahaja tidak dapat membentuk lengan anda, ianya harus diselarikan dengan senaman sebagai rutin harian. Sebahagian daripada latihan terbaik untuk kehilangan lemak badan secara keseluruhan adalah treadmill, berenang, berjalan pantas, berjoging, berbasikal, aerobik, atau apa-apa senaman kardio pilihan.

See also
GLAM Oktober 2014: Lisa Surihani

Langkah 3: Latihan Angkat Berat

Mengangkat berat juga merupakan cara terbaik untuk menghapuskan lemak yang bermaharajalela di lengan. Apabila kehilangan lemak badan secara keseluruhan, secara tidak langsung anda menambah otot kepada badan dan akan meningkatkan metabolisme sekali gus membakar lemak lebih cepat. Tahukah otot akan terus membakar lemak walaupun selepas anda selesai bersenam? Satu paun otot akan membakar lebih kurang 30-50 kalori lemak badan setiap hari!

Artikel berkaitan Senaman Kegel Bagus Untuk Ketatkan Faraj, Ini Caranya

Langkah 4: Banyakkan Minum Air

Amalan ini adalah yang sering ditekankan. Bukan sahaja ianya memelihara tubuh agar terhidrat, malahan juga bertujuan menyimpan metabolisme tanpa kalori dan boleh membuat anda rasa kenyang pada waktu makan. Minum satu gelas besar air sejuk sejurus selepas bangun tidur juga antara cara terbaik merangsangkan metabolisme anda. Salah satu tip lain adalah untuk meminum segelas air sebelum waktu makan. Kaedah ini membantu anda berasa kenyang dengan cepat tanpa menambah kalori yang tidak diingini.

See also
GLAM Beauty Club Eksklusif Bersama Clé de Peau Beauté

Langkah 5: Tingkatkan Metabolisme

Metabolisme memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal lemak badan. Ia menentukan berapa banyak kalori anda perlukan untuk melaksanakan hari tertentu. Setiap pergerakkan kita memerlukan tenaga, walaupun ketika sedang tidur. Metabolisme setiap orang berbeza, jika rendah ia menyumbang kepada kurangnya pembakaran kalori dan pembentukkan lebih banyak lemak atau lemak terkumpul dalam badan. Metabolisme lebih tinggi akan membantu anda kehilangan lemak badan keseluruhan lebih cepat dan hasilnya badan lebih ramping dan sihat.

Artikel berkaitan 4 Headphone Terbaik Bagi Membantu Anda Fokus Semasa Senaman

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan