The Make Up For Ever x Jessie J is real and it’s coming really soon!
Kolaborasi terbaru jenama persolekan gergasi Make Up For Ever bersama penyanyi, Jessie J bakal menggemparkan dunia kecantikan tahun hadapan! Koleksi tersebut akan merangkumi lip paints yang dinamakan Acrylip. Pengilap bibir berpigmen itu datang dalam 10 rona warna baru dan menjadi keluaran ketiga siri Make Up For Ever Artist oleh jenama persolekan itu.
Mereka juga bakal melancarkan 3 produk lain bersama penyanyi Britain itu sepanjang 2017, semua bernadakan gaya esentrik dan personaliti bersahaja Jessie. Make Up For Ever juga dikhabarkan telah mereka semula video muzik Jessie J menggunakan produk baru mereka itu.
Pada awal tahun ini, jenama kosmetik itu telah berkolaborasi bersama Charli XCX dan kemudiannya bersama kumpulan pop ikonik Sweden, Icona Pop, masing-masing bagi siri pertama dan kedua Make Up For Ever Artist!
“Saya gemar mengubah gaya peribadi bagi meluahkan bahagain berbeza personaliti saya. Jenama ini juga memberi ilham kepada saya bagi meluahkan diri tanpa batasan di samping sememangnya menggemar produk Make Up For Ever”, jelas Jessie J.