Use your ← → (arrow) keys to browse
Sisley memperkenalkan losyen baharu yang dikatakan ajaib dalam meremajakan kulit wajah di malam purnama.
Di belah malam, sewaktu tidur wajah terlindung daripada pencerobohan luaran, kulit melalui proses pembaikan semula jadi turut diaktifkan. Pada 2009, Sisley mencipta Supremÿa yakni rangkaian produk anti-penuaan tertinggi untuk penjagaan rapi waktu malam. Juga memperkenalkan kronobiologi dan fisiologi kulit serba inovasi. Rangkaian awal ini disifatkan luar biasa dalam penjanaan semula kulit pada waktu malam.
Tahun ini, Sisley memperkenalkan Supremÿa At Night The Supreme Anti-Aging Skin Care Lotion yang juga merupakan langkah pertama dalam ritual penjagaan kulit wajah dan menyokong keberkesanan Supremÿa yang berikutnya. Kehadiran losyen ini lebih mengalakkan penerimaan optimum terhadap ramuan utama meresap ke dalam kulit di sebelah malam. Barulah wajah kekal berseri dan awet muda.