Lights, Camera, Action! - Glam Malaysia

Lights, Camera, Action!

Text & Penyelaras: Nisa’ Halid

Arahan Seni: Ashura Hakim

Gambar: AARON LEE LENSWORK STUDIO

Solekan: JAMES BOEHMER MENGGUNAKAN NARS

Pembantu Solekan: JANICE MENGGUNAKAN NARS

Rambut: CHIAKI

Peragawati: Anna Syuhada & Natrah khalid
 

Untitled

Gambar: Arkib GLAM


 
Saat ikon kecantikan Hollywood kegemaran anda melewati permaidani merah, mata pasti tidak berkelip melihat riasan dan dandanan paling in yang digayakan mereka. Ceduk paparan inspirasi solekan daripada filem-filem untuk anda tampil berbeza.
 
Setiap kali majlis anugerah Oscar atau apa jua yang disiarkan di kaca televisyen pasti yang ditunggu-tunggu adalah siren selebriti menampilkan gaya dan busana yang pasti menarik tumpuan. Momen glamor, mewah dan kilauan tanpa kesudahan. Apatah lagi kala dijemput ke pentas memberi sepatah dua kata selepas memenangi anugerah. Lensa yang rapat seakan tidak menonjolkan kecelaan. Saat ini ada yang merekod momen dan juga merakam gamba buat inspirasi gaya untuk solekan akan datang.
 
Realistiknya, walaupun kebanyakan daripada kita tidak perlu hadir ke mana-mana majlis anugerah Oscar atau apa jua yang disiarkan di kaca televisyen, anda semestinya mahu menikmati majlis glamor sekali-sekala, sama ada ia adalah malam anugerah syarikat atau ke temujanji malam bertarikh istimewa. Kali ini GLAM menampilkan James Boehmer daripada jenama kosmetik NARS melahirkan inspirasi yang bertemankan Screen Sirens yang menampilkan karakter daripada filem-filem yang memberi impak solekan yang mengagumkan!
 
Kompleksi Camera-Ready

See also
Retorik: Impak Internet Menguasai Manusia

Sama ada anda sedang berjalan di atas permaidani merah atau sedang bersama teman istimewa dalam jarak dekat, kunci gaya glamor adalah kulit yang sempurna. Mulakan dengan menggunakan penjagaan kulit untuk mencipta kanvas tanpa cela sebelum memulakan sebarang produk solekan. Kulit memerlukan hidrasi secukupnya agar ia melembap dan mudah dirias. Bedak asas adalah penting untuk mencipta kulit efek camera-ready. Pilih solekan asas yang memberi liputan menyeluruh dan luar biasa. Ia meratakan tona kulit anda memastikan kulit kelihatan segar dan berseri-seri selama berjam-jam lamanya. Anda mungkin tidak memerlukan concealer untuk menyembunyikan sebarang cela, namun sapuan concealer pada bawah mata mencerahkan lingkaran hitam di bawah mata. Kemaskan kulit anda dengan bedak tabur untuk memastikan solekan asas diratakan dengan sempurna.
 
Lensa Paparazzi 

Mereka sentiasa dilihat berkilau, aura glamour dengan seri yang tiada tandingannya. Percayalah, kesemua selebriti yang melewati permaidani merah gemar menatarias wajah dengan magis bronzer. But there’s a good reason for adding a hint colour to your face. Lampu yang terang berlawanan bersama kerlip kamera boleh melunturkan kulit. Jadi, anda kelihatan pucat dan pasty. Gunakan berus lembut untuk aplikasi bronzer. Bentuk tulang pipi, dahi dan di mana-mana yang biasanya menangkap Hollywood glow dengan biasan seri semula jadi. Gunakan berus wajah yang besar dan mesrakan highlighter pada seluruh tulang pipi, di bawah kening dan di atas garis bibir anda bagi menambah kilauan keemasan yang diperlukan sepanjang hari.
 
Mata Memikat

See also
Guerlain Aqua Allegoria Perkenal Dua Lagi Haruman

Kepentingan aplikasi solekan asas seperti primer kulit untuk mencipta kemasan sekata sebelum memulakan solekan sering menjadi saranan makeup artist, samalah pentingnya aplikasi primer pada mata sebelum melakukan solekan penuh. Ia meratakan tona tulit di sekitar kelopak mata. Ini dapat mengelakkan pembayang mata pudar dan memastikan ia kekal sepanjang malam. Hanya campuran kecil, dab pada kulit di sekitar mata kerana ia amat halus. Sentiasa dab dengan lembut dan elakkan sapuan meleret.
 
Seperti yang semua wanita idamkan, solekan bold seperti memberi statement pada bibir berbalas rona pembayang mata berani. Ada juga yang gemar tampil neutral namun kemasan akhirnya tetap memukau. Jika anda memilih untuk merias solekan ringan namun menemui efek menakjubkan, mulakan dengan memilih pembayang mata yang berona lembut sinonim dengan warna kulit anda. Sapukan pada kelopak mata dengan berus pembayang mata dan kemudian tambahan sentuhan warna tadi dengan rona coklat di atas garisan bulu mata atas. Beri lebih definasi mata dengan penggaris mata hitam dan suntik efek bukaan mata galak dengan mascara pilihan.
 
Bibir Berahi 

See also
Di Sebalik Makna ‘Resilient’ Sublimic Fuente Forte

Finally a movie pout! Dapatkan gaya bibir daripada Nars untuk rona bibir glamor Hollywood jenis matte. Cuba rona gincu jingga dan merah. Lihat sahaja gaya mewah nan berahi yang sering ditampilkan Marilyn Monroe. Limpahan percikan gaya old-school glamor, walaupun kemasan akhirnya matte namun ia memberi efek super-creamy pada bibir munggil anda.
 
[soliloquy id="49210"]
[soliloquy slug="lights-camera-action"]