Laporan Cantik Di KLFW 2025
Lentikan garis mata kucing, taburan debu emas disebalik rambut basah, solekan segar, soft-brown smokey eyes antara menjadi highlight cantik di pentas peragaan KLFW 2025.
Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 akhirnya berakhir dengan cemerlang berlokasi di Suria KlCC, Kuala Lumpur. Berlangsung selama 7 hari dan tahun ini menyaksikan ramai pereka baharu dan lama mementaskan koleksi mereka dengan ilham yang luar biasa. Ini laporan cantik GLAM untuk KLFW 2025. Tahun ini peragaan di KLFW 2025 ditaja oleh L’Oreal Paris dan GHD untuk solekan dan dandanan secara rasmi.
1.NO MASCARA
Trend NO MASCARA juga merupakan pilihan buat penggemar kecantikan. Trend ini mula tular di laman TikTok, di mana semakin ramai individu hadir dengan mata polos tanpa secalit maskara. Ia menampakkan kulit lebih segar dan bersahaja.

Gambar KLFW Instagram
2. BRAVE LINER
Daripada mata berasap yang berlebihan kepada garis bulu mata bawah yang comot dan reka bentuk grafik yang rumit, celak hitam (dalam semua bentuk, kemasan dan saiz) kini kembali. Di pentas peragaan KLFW 2025, gaya mata bergaris menjadi pilihan utama. Ada yang tampil dengan gaya klasik ada juga bergrafik.

Gambar KLFW Instagram
Untuk ilham garis mata grafik seperti di pentas peragaan Fizi Woo, ia mencetus ilham klasik nan moden. Segaris panjang di bawah hujung mata serlahkan inspirasi koleksinya.

Gambar KLFW Instagram
3. CHERRY GIRL
Tenaga Cherry Girl akan menonjol pada tahun ini. Pilihan warna seperti merah Burgundy atau berkod ceri adalah trend utama 2025 yang makin pantas menjadi pilihan setiap generasi.

Gambar oleh Bibo Aswan
4. ORNAMEN PONYTAIL
Ilham ikatan rambut ekor kuda atau ponytail juga paling banyak di pentas KLFW 2025. Seperti yang dipertontonkan oleh pereka Uzair Shoid yang memilih ikatan rambut ponytail sleek, disemat lembut aksesori bunga menaikkan mood anggun dan moden.

Gambar oleh Bibo Aswan
Daripada penampilan yang sangat digilap kepada kelantangan yang menyeronokkan dan getaran retro, pereka Hatta Dolmat turut memilih ikatan rambut yang sama dan disemat ornamen kecil berbentuk perahu kertas sesuai dengan tema rekaannya di KLFW 2025.

Gambar Hatta Dolmat
Artikel berkaitan 7 Beauty Inspo Ke KLFW 2025
5. MICRO FRINGE
Potongan rambut micro fringe ini adalah rambut yang dipotong halus dah ia terletak di bahagian tengah dahi. Ia direka untuk mempamerkan wajah dan seluruh gaya rambut. Micro Fringe juga boleh dipotong secara tidak simetri dan mempunyai kemasan bertekstur, tetapi ia kurang biasa. Terdapat banyak variasi, semuanya sangat pendek dan dramatik.

Gambar KLFW Instagram
6. 90’S HEADBANDS
Adakah kenangan gembira zaman kanak-kanak membanjiri minda anda sekarang? Headbands yang lebar dan fleksibel kini kembali meraih tempat. Seperti di pentas peragaan TACT AIRPORT.

Gambar oleh Bibo Aswan
Artikel berkaitan #Recap: Tampilan Gaya Selebriti Wanita Di KLFW 2025
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

