La Mer The Lifting Firming Serum Transformasi Wajah Remaja Alvin Chong - Glam Malaysia
La Mer Lifting Firming Serum Baharu Serlahkan Bentuk Wajah ‘V’ Alvin Chong

La Mer The Lifting Firming Serum Transformasi Wajah Remaja Alvin Chong

Untuk wajah kekal tegang dan sempurna, Alvin Chong akui La Mer Lifting Firming Serum baharu menyerlahkan efek bentuk wajah ‘V’.

Alvin Chong La Mer

Lelaki juga wajib mementingkan penjagaan kulit wajah! Walaupun tidak lengkap seperti wanita tetapi yang asas haruslah diberi perhatian. Aktor dan penyanyi kacak, Alvin Chong berkongsi rahsianya bagaimana dia mengekalkan kulit wajahnya sentiasa sihat, lifted dan anjal.

Artikel berkaitan Krim Wajah La Mer Rahsia Kulit Kembali Muda!

September ini berita baik buat anda yang sedang mencari produk untuk mengekalkan wajah tegang dan anjal. La Mer memperkenalkan serum terkini iaitu The Lifting Firming Serum yang merupakan penemuan terbaru dalam inovasi penjagaan kulit wajah. Serum ini diperkayakan dengan ramuan semula jadi dan bahan sains sehingga menyemarakkan semula ingatan kulit agar lebih tegang dan kekal cerah berseri. The Lifting Firming Serum ini juga membangkitkan keanjalan kulit secara mekanikal dan mensasarkan 6 zon mikro seperti membantu memperbaharui ketegasan kulit, ketumpatan, keseimbangan dalam melawan tanda penuaan kulit wajah.

The Firming Lifting Serum

Diilhamkan oleh ingatan luar biasa lautan, ibarat ombak kekal mencipta semula struktur dinamiknya sambil mengekalkan bentuk cecair asalnya. Jelas, Makmal Penyelidikan Max Huber La Mer memulakan perjalanan penerokaan untuk mendedahkan keupayaan luar biasa Miracle BrothTM . Penerokaan ini dianggap legenda kerana mampu mencergaskan kulit dengan tenaga penting dan menyokong mekanisma semula jadi yang memacu pembaharuan kulit yang awet muda. Elixir penjanaan semula kulit remaja ini berfungsi secara sinergi dengan bahan aktif penegang dalam The Lifting Firming Serum baharu. Kajian menunjukkan sebanyak 95% mengatakan kulit wajah lebih terbentuk dengan sempurna selepas penggunaan satu minggu.1

See also
Riasan Wajah Menawan Atas Karpet Merah Golden Globes 2019

Alvin Chong La Mer

4 SEBAB MENGAPA ALVIN CHONG MEMILIH THE LIFTING FIRMING SERUM

Proses Penstrukturan fermentasi baharu

Pada peringkat makro, ia diselitkan dengan proses fermentasi yang kuat untuk menegangkan kulit. Jika untuk menggebukan kulit wajah dengan ketumpatan yang lebih baik, gabungkan bersama alga dan asid hialuronik agar menghidratkan kulit secara mendalam. Selain itu, fermentasi yang kuat ini membantu menyokong kolagen dan mengisi kulit dengan penghidratan yang gebu untuk mengembalikan kontur wajah.

Sistem Penghantaran Berteknologi baharu

Dicipta bersama teknologi Fluid Framework. Serum ini  menggunakan proses dinamik berbilang tenaga yang menghasilkan struktur yang diselitkan aktif dengan alga merah, memberikan potensi gebu yang menaikkan rupa kulit dan memperbaharui ketegasannya. Teknologi ini memastikan proses membetulkan kulit wajah secara optimum dengan fungsi yang lancar.

Wajah lebih tegang dan anjal

La Mer bekerjasama dengan Pakar Dermatologi dan Pakar Bedah Plastik sepanjang proses pembuatan serum ini. Setiap proses dilakukan secara teliti agar mengembalikan struktur muka seperti bentuk ‘V’. Bentuk ini juga dikenali sebagai ‘Triangle of Youth’. The Lifting Firming Serum menyasarkan ciri-ciri wajah muda yang penting yang dikaitkan dengan perubahan, mengembalikan keremajaan kulit dengan kontur yang lebih jelas, kelantangan pipi yang mencukupi dan garis rahang yang jelas. Menurut Alvin, dia menggabungkan serum ini bersama La Mer The Moisturizing Soft Cream agar lebih berkesan dan efektif. Kulit mula melalui perubahan dalam masa 7 hari selepas pemakaian tidak henti dan wajah melantun kembali lebih muda dan anjal. Sebanyak 98% mengatakan wajah kembali sempurna seperti dipulihkan secara menyeluruh.2

See also
Powder Room Confidential at Most GLAM 2016!

Tekstur lembut seperti sutera

Bukan seperti kebiasaan serum wajah. The Lifting Firming Serum ini menjanjikan pengalaman mewah dan segar kerana ia mempunyai tekstur lembut seperti sutera dengan menyerap secara mendalam. Malah, berprestasi tinggi dengan deria yang tiada tandingan untuk mencergaskan dan mengubah kulit lebih awet muda.

Punya kandungan ikonik

Miracle BrothTM merupakan ramuan ikonik La Mer. Dihasilkan dengan ketepatan dan penjagaan yang unik, di samping menggunakan proses fermentasi yang menjadi tenaga esensi dalam merawat kulit wajah. Malah pada hari ini, saintis La Mer terus membuat penemuan baharu yang memberi manfaat kepada kulit.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai La Mer The Lifting Firming Serum, sila layari laman rasmi La Mer di lamer.com.my, Sephora Malaysia dan di kedai talian rasmi Lazada La Mer.
  1. Ujian deria ke atas 112 wanita Asia selepas menggunakan produk selama 4 minggu, dua kali sehari.
  2. Ujian deria ke atas 112 wanita Asia selepas menggunakan produk selama 4 minggu, dua kali sehari.