Kulit Putih Cara Semula Jadi

Kulit Putih Cara Semula Jadi

LimeGambar: Ingimage

 
Bagaimana jika anda yang berkulit gelap ingin berkulit putih secara semula jadi? GLAM kongsi lima tip tradisional untuk anda pertimbangkan.
 
Limau Dan Putih Telur
Ekstrak Lemon telah mula digunakan dan ditambah untuk menghasilkan produk pencerahan kulit. Walau bagaimanapun, ekstrak semulajadinya adalah lebih baik dan lebih selamat. Hiris dan perahkan jus kemudian campurkan dengan putih telur. Gunakan berus dan sapukan campuran tadi ke seluruh badan. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.
 
Keladi
Keladi terbukti secara klinikal boleh mencerahkan kulit. Bagaimana keladi boleh mencerahkan kulit? Ia beraksi sama seperti sitrus. Keladi puri boleh berfungsi sebagai pupur wajah juga boleh digunakan untuk mencerahkan bahagian tubuh yang ingin anda berikan tumpuan.
 
Mandi Susu
Aktiviti mandi susu bukan untuk bergaya, ia mempunyai ramuan bagi memutihkan kulit, tetapi untuk mendapatkan mandian susu ini sudah tentu memerlukan belanja yang besar, terutamanya ia memerlukan rutin yang teratur. Jika anda ingin tahu tentang manfaatnya, cubalah pada bila-bila masa di spa kegemaran anda.
 
Yogurt
Yogurt memberi hidrasi yang cukup untuk kulit anda. Campurkan sedikit madu dan sapukan pada kulit, biarkan selama 10 minit dan kemudian bersihkan dengan air. Pupur wajah daripada yogurt juga bertindak melicinkan kulit anda, sudah tentu kulit licin lagi putih menjadi keinginan anda.
 
Chamomile
Chamomile biasanya digunakan sebagai teh. Namun ia bertindak sebagai bahan semulajadi yang turut mencerahkan kulit. Chamomile juga mempunyai manfaat menangani mata bengkak. Anda hanya perlu mencelup beg teh di dalam air panas, dan biarkan sejuk. Kemudian, letakkan beg teh pada mata. Untuk hasil yang menakjubkan, ulangi dalam tempoh dua minggu.
 
Almond
Badam boleh membantu mengurangkan kulit yang gelap menjadi lebih cerah. Cara yang praktikal dan semula jadi untuk menggunakan badam adalah dengan mencampurkan badam dengan susu dan sedikit kunyit. Setiap pagi rendam empat hingga lima badam dan kunyit dalam susu cecair. Sebelah malam pula, keluarkan kunyit, kemudian jadikan badam sebagai puri menjadi pes. Sapukan campuran ini pada muka dan leher dan biarkan semalaman. Esoknya, bilas dengan air sejuk. Untuk hasil yang optimum, ulang rutin ini selama dua minggu.
 
 

See also
Clé de Peau Beauté dan UNICEF Dalam Misi Ubah Nasib Malang Anak Gadis