Kulit Berseri Dengan Loose Powder Terbaharu Dari DECORTÉ - Glam Malaysia

Kulit Berseri Dengan Loose Powder Terbaharu Dari DECORTÉ

Sejak dilancarkan pada 1998, loose powder Intuice dari DECORTÉ telah menjadi pilihan utama ramai wanita. Kemampuannya untuk memberikan kilauan dan kecerahan segera pada kulit menjadikannya produk yang sangat popular di pasaran.

Jika anda masih mencari bedak tabur berkualiti tinggi yang menjadi pilihan jurusolek terkenal, cuba pertimbangkan loose powder terbaru daripada DECORTÉ yang kini hadir dengan lima pilihan rona yang terbaharu iaitu 00 Translucent, 03 Luminous Pink, 04 Shimmering Ivory, 06 Nude Matte Beige, dan yang paling istimewa ialah 101 Harmony Veil yang menawarkan empat rona harmoni yang universal.

Diinspirasi oleh teknik sebatian cahaya yang mampu memberikan kilauan pada kulit dengan menghasilkan vel cahaya yang lembut, loose powder dari DECORTÉ ini mampu memberikan kecantikan kulit yang mutlak dan telah mendapat pujian ramai kerana teksturnya yang halus dan ringan, memberikan kesan “naked skin” yang sempurna.

Diformulasikan dengan silk powders dan molekul pengikat kelembapan, gabungan teknologi unik dalam memanipulasi cahaya dengan empat jenis tekstur yang berbeza ini bukan sahaja menjaga kelembapan kulit wajah, tetapi juga melindungi kulit dan memastikan kulit anda kekal selesa sepanjang hari tanpa rasa kering, menyamarkan cela bak magic! Jadi, anda tidak perlu risau lagi tentang jerawat atau bintik hitam di wajah kerana ia memberikan kilauan menawan yang membuatkan kulit anda kelihatan licin, sihat, dan berseri.

“Penampilan diri sangat penting untuk mengekalkan imej profesional saya jadi untuk memastikan makeup i flawless the whole day, I choose loose powder from DECORTÉ to set my face” – Sabrina Azhar, Pempengaruh Digital

 

Sabrina Azhar

Sabrina Azhar

Empat Tekstur Untuk Kemasan Yang Anda Inginkan

Salah satu keistimewaan utama loose powder ini adalah teksturnya yang pelbagai dan sesuai untuk semua jenis kulit dan tona. Menggunakan teknologi canggih untuk mengatur pantulan cahaya di wajah, ia menghasilkan kemasan semula jadi dan flawless. 00 Translucentmemberikan sinaran semula jadi, sementara 03 Luminous Pink menutupi kekusaman dengan rona merah jambu lembut. 04 Shimmering Ivory pula menambah kilauan bercahaya, dan 06 Nude Matte Beige menawarkan kemasan matte yang tetap berseri. Dan, 101 Harmony Veil mampu memberikan kilauan sutera dengan rona harmoni yang elegan, melitupi kulit dengan cahaya lembut dan mencipta efek elegan serta berseri. Kesemua tekstur ini memastikan penampilan yang flawless dan semula jadi.

See also
Beli-Belah Saat Akhir : 7 Bingkisan Istimewa Lunar Day 2022 Terbaik

Decorte

Teknologi Prisma Harmoni

Dengan lima formula canggih, loose powder ini direka khusus untuk mencipta kulit yang halus dan bercahaya. Ia bekerja dengan menyamarkan pori-pori dan ketidaksempurnaan melalui pantulan lembut yang menghasilkan kemasan semula jadi. Formula ini menapis cahaya kuning untuk meratakan tona kulit dan menyamarkan cela, serta mengawal sebum berlebihan untuk mencegah kekusaman dan memberikan kilauan semula jadi.

Selain itu, pantulan cahaya biru dan ungu menambah kilauan cerah pada wajah, sambil memberikan kelembapan, keseimbangan warna, dan ketahanan solekan. Gabungan teknologi ini memastikan kulit anda kekal cantik, berseri, dan nyaman sepanjang hari, menjadikannya pilihan ideal untuk penampilan yang flawless dan memuaskan.

“Sebagai jurusolek profesional saya sentiasa menitikberatkan kualiti dalam sesuatu produk, dan loose powder dari DECORTÉ  mempunyai kualiti yang saya cari” – Noriana, Jurusolek Profesional

Noriana

Kecerahan Sehingga 12 Jam

Mengandungi asid hyaluronik, loose powder ini menawarkan pengalaman solekan yang istimewa dengan paf lembut dan gebu untuk aplikasi yang lancar dan kemasan yang sempurna. Paf ini disertakan dan boleh dibeli secara berasingan pada harga RM30. Formula ringan dan melembapkan ini tidak hanya memberikan hasil solekan yang sempurna tetapi juga sentuhan sutera yang mewah. Dengan hanya melayangkan bedak secara ringan dan sekata, ia memastikan keselesaan sepanjang hari tanpa mengeringkan kulit. Kecerahan yang dihasilkannya bertahan hingga 12 jam, memastikan kulit anda kekal segar dan berseri sepanjang hari.

See also
GLAM FIRST: Dior Cruise 23 di Plaza de España, di Seville Spain.

“Dalam kesibukan harian saya sebagai Content Creator, saya memerlukan produk yang tahan lama dan loose powder dari DECORTÉ ini mampu membuat kulit saya berseri sehingga 12 jam” – Johanis Sani, Pempengaruh Digital

Johanis

Haruman Bunga Segar

Dilengkapi dengan haruman bunga segar yang lembut dan menyenangkan, termasuk ekstrak bunga jasmin dan mawar. Setiap sapuan memberikan hasil solekan yang cantik serta pengalaman yang menyegarkan dan memanjakan deria. Haruman yang halus ini menambah sentuhan istimewa pada rutin solekan anda, menjadikannya bukan sekadar proses kecantikan, tetapi juga pengalaman yang elegan dan memuaskan. Dengan sentuhan harum yang berpanjangan, kulit anda bukan hanya kelihatan menawan tetapi juga terasa segar sepanjang hari.

Dengan segala teknologi dan pilihan tekstur yang ditawarkan, kini anda sudah tahu mengapaloose powder dari DECORTÉ adalah pilihan ideal untuk mendapatkan kulit yang berseri dan solekan tampak cantik dan sempurna. Anda boleh dapatkan produk DECORTÉ anda disini.

Artikel berkaitan Alami Wajah Berseri Dengan Decorte