Krim Wajah La Mer Rahsia Kulit Kembali Muda! - Glam Malaysia

Krim Wajah La Mer Rahsia Kulit Kembali Muda!

Semakin matang kulit wajah, semakin mula terserlah kedutan kulit. La Mer memperkenalkan formula baharu menerusi krim pelembap dalam mengatasi masalah penuaan.

La Mer

Krim lembut pelembap La Mer kini diformulasikan dengan memberikan manfaat anti penuaan yang berkuasa untuk menyerlahkan kulit montok, tegang dan anjal. Menerusi gabungan teknologi dan formula baharu ini dikatakan membantu membina kelembutan awet muda pada kulit dan menentang tanda-tanda penuaan dari dalam ke luar.

Dengan kehadiran sfera lembapan setiap lapisan yang terkandung dalam krim lembut ini, prestasinya dioptimumkan. Kandungan seperti Miracle BrothTM adalah pilihan paling tepat dan amat diperlukan oleh kulit wajah. Hasilnya pula menyembuhkan jangka hayat lembapan yang berkekalan untuk membantu kulit mengatasi penampilan garis halus dan kering.

La Mer

Menerusi kajian Makmal Penyelidikan Max Huber dan inovasi di belakang La Mer, satu formula baharu terlahir dengan jayanya. Yang mengkhususkan dalam proses penapaian, anti-penuaan dan lipodomik yang berkembang. Kajian terkini membuktikan Miracle BrothTM membantu kulit mengaktifkan pengeluaran lipid untuk memperkaya lipidom muda dan wajah lebih awet muda.

See also
Vibe Terkini Hailey Baldwin -- Barbie!

La Mer

Sejak diperkenalkan pada 2012, La Mer mengubah persepsinya dan krim wajah baharu ini mencapai manfaat yang tidak terhingga. Lebih cepat, tekstur lebih mewah  dan hanya dengan satu jam kulit kembali halus .Miracle BrothTM mengaktifkan pengeluaran semula jadi lipid penting di dalam kulit dan menggalakkan pengayaan lipidom muda.Dengan membantu mengekalkan kelembapan dan merengsa persekitaran, kecantikan semula jadi kulit bersinar. Kulit berubah dengan ketegasan anjal, menjadi lebih tebal dan tahan terhadap tanda-tanda kerengsaan dan usia yang boleh dilihat. 98% wanita berkata kulit mereka kelihatan lebih gebu.

Artikel berkaitan Krim Ikonik Crème De La Mer Cetus Kontroversi