Krim Siang Dan Malam Dior Capture Kembalikan Kolagen Wajah - Glam Malaysia

Krim Siang Dan Malam Dior Capture Kembalikan Kolagen Wajah

Dior Capture terus memacu deras sebagai perintis kemewahan dalam sains penjagaan kulit wajah.

Dengan lima pusat kepakaran antarabangsa, lebih 650 kolaborasi penyelidikan, dan 300 paten, Dior Science telah menjadi pelopor dalam pemulihan kulit selama lebih 50 tahun. Marie Videau, President of LVMH Research menegaskan, visi masa depan dalam penjagaan kulit anti-penuaan ini adalah jelas dan hari ini, mereka mempunyai cara untuk bertindak ke atas pelbagai tanda penuaan dengan pemahaman yang sangat baik terhadap mekanisme selular dan molekul. Inilah matlamat utama dalam menangani pelbagai tanda penuaan secara serentak bagi mencapai keberkesanan maksimum terhadap kefungsian kulit muda.

Setia kepada semangat visionarinya dan pendekatan berdasarkan kolaborasi saintifik bertaraf tinggi. Pada 2023, Dior menjadi jenama kosmetik pertama yang menggungguli dalam Reverse Aging yang diaplikasikan kepada kulit.

Berdasarkan klasifikasi Lopez-Otín 2023 mengenai 12 tanda biologi penuaan, Dior Science menubuhkan lembaga penyelidikan tanpa tandingan yang terdiri daripada 18 saintis antarabangsa yang bergabung dengan universiti-universiti paling berprestij di dunia seperti Harvard, Stanford, dan Brown di Amerika Syarikat; Kyoto, Beijing, dan Singapura di Asia.

Dior Capture

Dari kiri ke kanan: Knut Woltjen, Patricia Ogilvie, Vittorio Sebastiano, Virginie Couturaud, Kenta Mitani, Marie Videau

Berlandaskan kemajuan saintifik termutakhir ini, produk penjagaan kulit Dior menyasarkan punca penuaan biologi dan tanda-tanda skin longevity kulit, untuk segera membaikpulih tanda-tanda penuaan  bagi memelihara keindahan kulit. Berkat bioaktif asal semula jadi yang inovatif dan teknik formulasi eksklusif dengan keputusan terbukti secara klinikal, kini mungkin untuk memanjangkan keremajaan kulit secara nyata.

“Seawal mungkin, wanita harus menggunakan krim malam! Ia bukan soal usia tetapi kefungsian selular. Untuk melindungi kolagen, seawal 25 tahun adalah usia yang baik untuk mula rutin ini,” Patricia Ogilvie, ahli Dermatologi (Reverse Aging Board)

Inovasi moden yang terinspirasi dari perubatan Regeneratif

Sebagai perintis dalam bidang sel induk yang diaplikasikan kepada kosmetik, Dior Capture melihat kepakaran anti-penuaannya diperkayakan pada tahun 2025 melalui penerokaan perubatan regeneratif. Diilhamkan dan diluluskan oleh Dior Reverse Aging Board.

See also
Serum Air Aesop Sesuai Untuk Kulit Asia

Dalam kolaborasi dengan Profesor Knut Woltjen, rakan kongsi CiRA (Pusat Penyelidikan dan Aplikasi Sel iPS) di Kyoto University, Jepun, penyelidik Dior dapat menunjukkan bahawa antara usia 25 hingga 90 tahun, pernafasan sel induk berkurangan sebanyak -40 peratus. Mereka juga mengira bahawa kehilangan kapasiti pernafasan ini mengurangkan pengeluaran tenaga selular, menyumbang kepada pengurangan 68 peratus dalam pengeluaran kolagen. Jelasnya, “ Penemuan mengenai sel stem kini membolehkan kamimemulakan terapi untuk kesihatan. Begitu juga, mengkaji tingkah laku sel stem kulit membolehkan kami melihat bagaimana kami dapat mempengaruhi penuaannya, mengekalkannya dalam keadaan muda, atau membalikkan penuaan ini.

Penyelidikan ini membawa kepada pembangunan teknologi Dior Capture iaitu OX-C Treatment™. Dengan mengaktifkan saluran oksigen, ia mengukuhkan penjanaan semula kulit dan kualiti dengan meningkatkan pengeluaran kolagen sebanyak tiga kali ganda. Teknologi canggih ini, digabungkan dengan kompleks yang dipatenkan, melahirkan generasi baharu Dior Capture Le Sérum dan Day Crème.

Dior Capture

Penemuan Fenomena Penuaan Waktu Malam

Seawal mungkin, wanita harus menggunakan krim malam! Ia bukan soal usia tetapi kefungsian selular. Untuk melindungi kolagen, seawal 25 tahun adalah usia yang baik untuk mula rutin ini, kata Patricia Ogilvie, ahli Dermatologi (Reverse Aging Board)

Pada 2026, Dior Capture memperluaskan kepakaran kolagennya dengan protokol kekenyalan pro-kolagen 24 jam yang baharu bersama krim siang dan malam. Kenapa di waktu malam menjadi tumpuan? Ia adalah kerana menawarkan tempoh regenerasi untuk kulit secara paradox dan memihak kepada penguraian kolagen.

See also
Lily-Rose Depp Menggemparkan Dunia Peragaan

Dior Reverse Aging Board mendedahkan fenomena penuaan waktu malam kerana setiap kolagen diserang oleh enzim pemusnah yang digelar sebagai MMP (matrix metalloproteinases). Ia 66 peratus lebih aktif pada waktu malam berbanding siang hari. Lebih-lebih lagi, kulit kehilangan akan kehilangan 28 peratus  kolagen waktu malam.

Untuk membantu mengurangkan kehilangan kolagen ini dan melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan waktu malam pada masa kulit paling terdedah, Dior Capture mencipta Night Crème. Ia melengkapkan tindakan harian Day Crème. Bersama-sama, kedua-dua krim ini mencipta protokol pro-kolagen 24 jam pertama untuk meningkatkan pengeluaran kolagen tiga kali ganda pada siang hari, bersama  OX-C Treatment™ dan melindunginya daripada penguraian pada waktu malam bersama kandungan Prolatonine™ sambil juga meningkatkan penjanaan semula selular.

Protokol pakar ini membetulkan tanda-tanda penuaan, hari demi hari, dan malam demi malam. Lengkapi rutin penjagaan bersama duo Dior Capture Day Crème dan Night Crème pasti  meningkatkan kekenyalan kulit sebanyak 70 peratus.“Saya mengesyorkan krim asas terlebih dahulu jika tiada keperluan khusus. Jika teksturnya kelihatan tidak cukup kaya atau terlalu berat, terdapat pilihan. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tahu mereka suka tekstur yang kaya atau halus, mereka mempunyai tepat apa yang mereka perlukan!” jelas Virginie Couturaud, Ketua Komunikasi Saintifik di Parfums Christian Dior.

DIOR CAPTURE NIGHT CRÈME BAHARU

Formula Dior Capture kini menggabungkan Prolatonine™, yang terdiri daripada ekstrak bunga yang diperoleh melalui bioteknologi, digabungkan dengan fermentasi postbiotik. Kompleks baharu berprestasi tinggi ini menghalang tindakan MMP sebanyak 13 peratus yang mengehadkan pencerobohan kolagen semasa malam.

OX-C Treatment™ pula merawat dan menyokong  keutuhan Day Crème untuk merangsang pengeluaran kolagen sebanyak tiga kali gandavdan menjanakan semula kulit. Pada masa yang sama, ekstrak lili yang merevitalisasi, dipeptida yang merapatkan, dan duo asid hyaluronik yang mengenyalkan terus bertindak ke atas tanda-tanda ketara penuaan.

See also
Lights, Camera, Action!

Hadir dalam tekstur balm yang terdiri daripada 93 peratus bahan asal semula jadi. Bersama kemasan ultra-krim dan tidak berminyak dan segera serap pada kulit untuk kesan menghilangkan kedut serta-merta sebaik sahaja bangun, malam demi malam.

Kenali Dua Tekstur Krim Siang Dior Capture

Dior Capture

Dua tekstur baharu ini memenuhi keperluan setiap jenis kulit pada siang hari. Soft Crème dan Rich Crème menggabungkan OX-C Treatment™ untuk mengaktifkan selular dan menggalakkan pengeluaran kolagen. Seperti Day Crème, formula ini mengandungi kepekatan bahan aktif yang menggabungkan ekstrak bunga lili yang merevitalisasi, dipeptida yang merapatkan, dan duo asid hyaluronik yang mengenyalkan dan dipatenkan. Soft Crème lebih segar, direka untuk kulit yang mahukan keringanan, tanpa mengorbankan penghidratan.

Rich Crème mendedahkan tekstur yang menyelubungi dengan kemasan baldu. Kata Kenta Mitani, Jurutera Penjagaan Kulit, Penyelidikan & Pembangunan LVMH Research, mencipta krim padat dengan konsistensi seperti lilin dan kemasan kulit baldu yang kaya namun tidak berminyak adalah cabaran yang ketara, terutamanya kerana kami memilih lilin semula jadi disebabkan kebimbangan alam sekitar, yang biasanya membawa kepada ketidakkonsistenan tekstur dan kualiti dari kumpulan ke kumpulan. Dengan mengoptimumkan kedua-dua proses pengeluaran kami dan komposisi yang tepat lilin semula jadi ini, kami menemui keseimbangan yang tepat yang diperlukan untuk mengatasi cabaran ini dan akhirnya keseimbangan ini menghasilkan keseimbangan sensori yang sempurna untuk produk.

Formulanya  terdiri daripada 96 peratus bahan asal semula jadi, menempatkan kompleks baharu oleo-ceramides penstrukturan semula yang menggabungkan squalane dan Ceramides NP untuk membantu mengukuhkan penghalang kulit.

Artikel berkaitan Bicara Eksklusif Bersama Pakar Dior Serum Capture Totale

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan