Kontur Wajah Kembali Tegang Dan Berseri Hanya Dengan Satu Minggu - Glam Malaysia

Kontur Wajah Kembali Tegang Dan Berseri Hanya Dengan Satu Minggu

Wajah kembali tegang dan berseri! Produk terbaharu, krim Advanced Ceramide Lift & Firm oleh Elizabeth Arden membentuk kontur wajah dengan sempurna.

Amalan rutin penjagaan wajah tidak lengkap tanpa barisan produk yang dapat melindungi kulit daripada masalah penuaan. Lebih sempurna jika produk itu hadir dengan multifungsi. Jenama kecantikan terkemuka, Elizabeth Arden memahami masalah setiap wanita, terutama yang semakin meniti usia. Idaman setiap wanita apabila kulit wajahnya kekal remaja. Terbaru, Elizabeth Arden menemui rahsia ramuan mujarab yang dapat menguatkan struktur lapisan dalaman kulit wajah.

 

Krim Advanced Ceramide Lift & Firm bukan sahaja melindungi kulit wajah malah menganjalkan kulit dengan sekata dengan hanya satu minggu.Menurut kajian terhadap 58 wanita, penggunaan krim siang dan malam berjaya menyempurnakan kulit wajah dengan hanya satu minggu. Rata-rata cukup berpuas dengan keputusan akhirnya. Tarikan utama krim ini adalah terletak pada ramuan utama seperti Ceramide. Ceramide berfungsi dalam menjaga kelembapan kulit, terutama masalah kulit kering dan iritasi. Malah, kandungan ini juga memperlambatkan tanda-tanda awal penuaan kulit seperti garis halus, kerutan. Ceramide juga adalah lipid yang dihasilkan secara semula jadi di dalam kulit. Jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, Ceramide dapat melindungi kulit dengan sempurna.

Tekstur mewah krim siang dan malam Advanced Ceramide dan Advanced Ceramide Capsules

 

See also
Tip Bentuk Badan Menawan

Ramuan utama yang lain seperti Tetrapeptide, Ekstrak Edelweiss. Vitamin E dan Red Algae turut terkandung dalam krim Advanced Ceramide Lift & Firm. Fungsi Tetrapeptide sebagai menyamar garisan halus, kedutan dan buat kulit lebih anjal. Ekstrak Edelweiss pula menyerlahkan kontur wajah dengan sekata serta mengurangkan masalah kulit kendur. Vitamin E sebagai anti-oksida yang melindungi kulit daripada radikal bebas seperti pencemaran. Red Algae pula menyokong wajah untuk kelihatan lebih semulajadi dan meningkatkan kelembapan dengan serta-merta.

Tidak sempurnalah rutin penjagaan wajah anda jika tanpa pilihan kapsul serum yang menjadi kegemaran wanita dan juga memenangi anugerah terulung kala merawat kulit wajah. Advanced Ceramide Capsules yang kini hadir berwajah baharu, kemas dalam Swivel Jar. Keberkesanan kapsul serum ini dapat meremajakan kulit wajah dengan pantas. Hasil kajian klinikal ke atas 44 orang wanita, sebanyak 95% kulit wajah lebih tegang dan menguatkan penghalang pelindung kulit. Keistimewaan kapsul ini adalah ia diperbuat daripada Biodegrable yang menggunakan 100% bahan mineral dan tumbuh-tumbuhan.

See also
Kami Jatuh Cinta Dengan Solange Knowles New Hairdo

 

Krim Advanced Ceramide ini hadir dalam dua versi iaitu siang dan malam. Krim siang hadir dengan formula tabir suria SPF 15. Tekstur krim gel ini mempunyai 5 kali ganda Ceramide yang membantu kulit wajah kelihatan lebih sempurna dari semasa ke semasa. Krim ini juga terkandung teknologi 3D FIT iaitu menganjalkan, hidrasi dan menegangkan. Hanya dalam satu minggu wajah akan tampak lebih muda dan kontur. Formulanya pula cepat menyerap dan bersifat ultra-light.

 

Krim malam teksturnya, lebih mewah bab sutera juga hadir dengan 5 kali ganda Ceramide. Sama seperti krim siang, turut mempunyai teknologi 3D Fit yang bertindak mengembalikan keremajaan kulit wajah. Ternyata kulit wajah dari siang hingga ke malam terbelai manja dan buat wajah tampak muda dengan efektif.

Artikel berkaitan Petua Atasi Skin Barrier Rosak

Untuk kesan yang lebih efektif dan berpanjangan, gandakan bersama Advanced Ceramide Capsules. Rutin ini dapat mengembalikan keremajaan kulit dengan segera. Sesuai dengan matlamat dunia dalam melindungi bumi, Elizabeth Arden tidak ketinggalan dalam mereka kembali pembungkusan yang lebih selamat untuk persekitaran. Krim baharu ini dibaluti dalam botol sustainable dan penutup botol menerusi barangan yang dikitar semula.

See also
Yuna Tampil Dalam Grey's Anatomy

Pratikkan rutin lengkap bersama set penjagaan kulit di bawah rangkaian Ceramide, Elizabeth Arden. Langkah demi langkah untuk ritual siang dan malam. Bermula dengan kulit wajah tersedia dengan Ceramide Micro Capsule Replenishing Essence. Goncangkan botol dengan sehingga esen sebati dan titiskan 3-5 pada telapak tangan, ratakan pada permukaan wajah dan leher. Rawat pula dengan Retinol Ceramide Capsules Daily Youth Restoring Serum untuk rutin siang manakala malam fokus kepada Retinol Ceramide Capsules Line Erasing Night Serum. Untuk rutin malam gandakan dengan Retinol Ceramide Eye Cream untuk penjagaan mata dan terakhir hidrasikan kulit wajah dengan Advanced Ceramide Day, Night Cream Lift And Firm.

Lengkapi rutin penjagaan wajah anda bersama set lengkap Advanced Ceramide terutama krim wajah siang dan malam Advanced Ceramide Lift and Firm dengan harga RM471 setiap satu. Layari laman rasmi dalam talian Elizabeth Arden di Lazada, Shopee dan Zalora Malaysia atau kunjungi kaunter kecantikan Elizabeth Arden di seluruh Malaysia.