Konsisten Dalam Penjagaan Wajah Untuk Kekal Muda Berseri - Glam Malaysia

Konsisten Dalam Penjagaan Wajah Untuk Kekal Muda Berseri

T55497595_Max

Gambar: TPGImages


 
Tatkala usia muda melewati masa, keserian wajah adalah aset wanita yang tidak harus pudar bersamanya. Ingat, usia hanya pada angka, bukan pada wajah!
 
Proses penuaan

Realiti yang terpaksa dihadapi oleh semua wanita adalah penuaan. Mahu tidak mahu, kulit mula kelihatan berkedut, kulit menipis serta garis halus jelas kelihatan di raut wajah. Kedutan berlaku apabila zat yang membuatkan kulit tegang iaitu kolagen dan elastin mula rosak. Kerosakan ini boleh berlaku akibat dehidrasi serta kulit muka terdedah terhadap sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Pengamalan gaya hidup seharian seperti pemakanan yang tidak sihat serta aktiviti harian yang tidak konsisten juga adalah faktor berlakunya penuaan wajah.
 
Luangkan sedikit masa

Memanjakan diri dengan produk penjagaan kulit muka, terutamanya dikalangan wanita bekerjaya yang sering dikekang masa adalah sangat penting. Setiap produk yang digunakan mendatangkan hasil yang berbeza, bergantung pada bahan yang telah disuntik dalam kandungannya.Vitamin merupakan kandungan bahan yang perlu ada dalam mengekalkan kemulusan kulit wajah. Gunakan krim yang kaya dengan vitamin A seperti retinol, isotretinon dan tretinoin yang ditambah dengan formula pemutih. Walaupun penggunaan krim boleh menimbulkan iritasi pada kulit tetapi ia memberikan rangsangan dalam pembentukan darah yang lebih baik, seterusnya menyahkan sel-sel kulit mati untuk diperbaharui.
 
Kenali jenis kulit anda

See also
Elemen Renaissance & Baroque Inti Pati Jelas Koleksi "Wunderkammer" Aigner

Mengenali tekstur kulit amat penting terutamanya dalam pemilihan produk kecantikan seperti pencuci muka, penyegar, pelembap muka serta skrub. Elakkan menggunakan produk berlainan jenama kerana setiap jenama menggunakan bahan utama yang berbeza-beza. Penggunaan produk yang sesuai dengan kulit muka nyata memberi tindak balas yang positif pada muka. Pemilihan produk kurang sesuai dengan kulit tidak akan efektif. Sebaiknya, dapatkan nasihat pakar kulit terlebih dahulu untuk mengenali masalah kulit yang dihadapi bagi menghindari kesilapan penggunaan produk kecantikan. Pelajari teknik urutan yang betul agar keberkesanan produk dapat dipertingkatkan.
 
Khasiat semulajadi

Disamping pengambilan produk kecantikan, air putih merupakan salah satu rahsia awet muda yang cukup mujarab! Tahukah anda bahawa kandungan hidrogen, oksigen serta mineral dalam air putih mampu mengekalkan kelembapan pada kulit muka? Jangan lupa mengamalkan minum air putih secukupnya dalam rutin harian. Kekurangan air putih merupakan faktor kulit muka tampak tidak bermaya, serta mempercepatkan proses penuaan.
 
GLAM senaraikan 5 produk anti-aging untuk wajah kekal muda berseri
 
[soliloquy id="49416"]
[soliloquy slug="konsisten-muda-berseri"]