KKW Beauty Bakal Tandingi Empayar Kylie? - Glam Malaysia

KKW Beauty Bakal Tandingi Empayar Kylie?

There is a new kid on the beauty block: KKW Beauty.

 

 

Selepas adik tirinya membangunkan empayar persolekan, Kim Kardashian bakal melancarkan rangkaian mekapnya sendiri tidak lama lagi. Ramai berspekulasi bahawa akan terdapat persaingan antara adik-beradik dari keluarga “diraja” Hollywood itu. Hal ini kerana Kylie Jenner, pengasas Kylie Cosmetics sudahpun menggegarkan dunia persolekan dengan produk-produknya yang menjadi holy grail para gadis fesyen.

 

Pada penghujung minggu lepas, Kim Kardashian mengumumkan kit kontur hasil KKW Beauty, yakni jenama barangan kecantikan beliau. Kit kontur tersebut berbentuk seperty hibrid antara span dan blending tool — setiap satu didatangkan dengan pena kontur dan highlighter dalam satu. Kim juga telah mengumumkan tona-tona warna yang bakal dilancarkan — Light, Medium, Dark dan Deep Dark.

 

Kit kontur ini bakal dilancarkan pada 21 June ini, pukul 9 pagi PST di laman web jenama tersebut, kkwbeauty.com pada harga $48 (RM205) setiap satu.

 

Walaupun adik-beradik jelita ini masing-masing keluarkan produk mekap, namun mereka berada di spektrum yang berbeza — Kim lebihkan kepada mekap asas, iaitu buat muka dan Kylie mengetengahkan palet pembayang mata serta kit gincu berkemasan matte yang digilai ramai. Namun, mungkinkah Kim Kardashian mengikut jejak langkah Kylie serta beri impak yang sama (atau lagi besar)? Biar masa berbicara.

See also
3 Rahsia Rambut Cantik Duta Dyson Terkini, JISOO Blackpink

 

[soliloquy id=”67282″]