"Ketika Ini Saya Utamakan EQ, Menjaga Emosi & Mental,"- Yasmin Hani - Glam Malaysia
Yasmin Hani

“Ketika Ini Saya Utamakan EQ, Menjaga Emosi & Mental,”- Yasmin Hani

Yasmin Hani Ismail Richardson, orangnya petah bercakap, mulutnya bagai bertih jagung. Namanya mula meniti di bibir peminat hiburan saat dia muncul sebagai pengacara di Muzik @ Ria dan sangat mashyur dengan tagline “Watchaaa”. Sejak dari itu keletah Hani sebagai pengacara diterima cukup baik. Selain handal di liga pengacaraan, Hani juga aktif dalam bidang lakonan, terbaru dia muncul menerusi siri Marry Me Senorita yang turut disiarkan di Astro Ria. 

Mesra disapa Hani, usianya menjengah ke angka 42 tahun ini. Namun, tubuhnya yang genit biarpun beranak dua, Hani tidak banyak beza dengan apa yang saya lihat di kaca TV sewaktu saya di sekolah dulu. Saat ditanyakan tentang fokusnya dalam hal penjagaan kecantikan dan kesihatan hari ini, kongsi Hani dia  banyak menumpukan dalam penghasilan otot. 

“Bila meningkat usia muscle kita berkurang, dan itu juga yang boleh buat kita nampak sagging. Dari segi kulit pula of course saya perlu beri perhatian pada kedut-kedut di muka. Sebagai orang yang bekerja dalam industri hiburan kita memang nak nampak cantik sebab itu yang orang nak lihat. Tapi dalam menjaga usahlah kita merubah muka sampai terlalu drastik. Lagi satu pada usia begini saya lebih prihatin dalam menjaga emosi dan mental. Saya pentingkan EQ. Alhamdulillah saya tidaklah punya masalah yang terlalu besar.” 

"Ketika Ini Saya Utamakan EQ, Menjaga Emosi & Mental,"- Yasmin Hani

Menurut Hani fokus penjagaan ini berubah-ubah mengikut usia. Jika sebelum ini menurutnya penjagaan lebih santai. “Dulu-dulu masa umur 20-an, mana yang sempat kita buat. Cuci muka pun guna sabun biasa sahaja. Rambut pun tidak dijaga dan didandan sangat. Hari ini disebabkan saya keritingkan rambut, jadi ambil masa untuk distailkan.”

See also
Wangian Musim Percutian 2024 CHANEL

Menurut Hani, buat masa ini dia banyak memberi perhatian pada kulit. Selain menggunakan produk di rumah, dia juga berkunjung ke salon kecantikan untuk rawatan wajah aestatik seperti rawatan mengembalikan kelembapan kulit. Dan jika anda pengikut Hani di Instagram pasti sudah maklum aktiviti kecergasan yang sering dilakukannya. “Saya suka kick-boxing sebab ia melibatkan keseluruhan badan, sangat bagus untuk kardio tubuh. Bila buat kick-boxing saya juga ada lakukan senama-senama lain untuk perut misalnya, body weight sikit. Dan ia juga salah satu seni mempertahankan diri.” Menurut Hanihari ini dia lebih banyak berlari berbanding dulu yang mana dia aktif berbasikal. 

Bila diajukan pertanyaan tentang pemakanan, menurut Hani dia sudah lima tahun tidak memakan daging, baik daging ayam, lembu dan sebagainya. Sebaliknya dia lebih banyak memakan sajian ikan dan hidupan laut yang lain bersama sayur-sayuran, telur dan tofu. “Sejak mengandungkan anak kedua, Eissa lagi saya sudah mula tidak memakan daging.” Menurut Hani antara perbezaan major yang dia rasakan ialah badannya terasa lebih ringan. Bila bercakap tentang supplement pula, kongsinya dia hanya mengambil bila perlu sahaja. “Saya lihat keperluan badan saya, jika rasa mahu lebih tenaga saya akan ambil Q10, dan jika rasa macam nak demam saya akan ambil vitamin C. Saya dengar apa yang tubuh saya mahukan. Saya tidak menetapkan pengambilan supplement setiap hari. 

See also
Inilah Setting Spray Beyonce Guna Sepanjang Tour!

Utamakan EQ Anak-Anak

Jika diperhatikan, sejak melahirkan anak pertamanya Hani selesa berambut pendek. Selain mengalami masalah rambut gugur sejak kelahiran pertama, soal masa juga menjadi faktor. “Bila berambut pendek, dalam masa setengah jam saya boleh siap mandi dan bersolek. Dulu saya tiada pembantu jadi hal-hal menguruskan keluarga dan menjaga rumah saya lakukan sendiri. Saya tak mahu ambil masa terlalu untuk bersiap, bila rambut pendek senang. Walaupun berambut pendek saya masih boleh mencuba potongan berbeza-beza. Saya percaya kepada haisrtylist saya dan biasanya bila dia kongsikan gambar, saya terus setuju.”

“Hani berdarah campuran, pan-Asian, setuju atau tidak rupa paras ini membuat Hani lebih mudah mendapat perhatian lagi-lagi waktu remaja dulu?” “Saya belajar di sekolah Cina, jadi di sekolah kita dilayan sama sahaja. Cuma mungkin rupa saya lainlah dengan orang, tapi sebab kita budak kita tak perasan benda tu. Bila dah besar sikit mula orang kejar saya ingatkan saya ni adik Julia Rais atau Ramona Rahman. Bila dah besar sikit kita juga keluar, mula naik bas, pergi mall sana-sini  dan mula sedar rupa orang sebenarnya macam-macam. Saya pun mula jumpa orang yang sama macam saya, misalnya Mariam Adam kalau you masih ingat. Dulu-dulu zaman belajar selalu juga dikacau.”

"Ketika Ini Saya Utamakan EQ, Menjaga Emosi & Mental,"- Yasmin Hani
Foto: Instagram Yasmin Hani

“Bagaimana Hani memastikan diri Hani sentiasa positif?” “Kita kena biarkan hidup kita dikelilingi dengan orang yang positif. Jika kita rasa ada unsur negatif, kita kena cepat-cepat alihkan perhatian kita. Saya dibesarkan dengan ibu yang garang, ycara emak sama macam dengan orang lain membesarkan anak. Arwah ayah saya pula membesarkan anak-anak dia macam dia ada parenting book. Dia tahu macam mana nak guna reverse psychology dengan anak-anak dia. Dia tak pernah halang saya untuk buat apa-apa, tapi dia akan ajar surviving skills. Dia tak halang kita mandi lombong tapi dia ajar kita berenang sebab dia tahu budak-budak ada perasaan nak cuba semua benda. Jadi, walaupun saya diberi kebebasan saya tahu batas saya. Jika terlebih sikit saja saya akan ingat ayah saya. Saya tahu borderline saya. Nak kekal positif kita carilah kawan-kawan yang positif, bunyinya kcliche tapi kita boleh baca buku self-help atau dengar podcast. Do something fun dan jangan ada rasa dengki apda orang lain. Hari ini tak ramai yang nak invest pada masa dan usaha, semua nak cepat saja.”

See also
Elsa Hosk Teruskan Trend Rambut Bob!

“Hari ini saya mahu kuatkan mental anak-anak saya. Saya boleh lihat bagaimana kehidupan mereka di masa akan datang, jadi saya perlu persaipkan EQ mereka. Bila besar mereka akan lalui pelbagai cabaran; frustration, heartache, rejection, failure dan macam-macam lagi. Kalau EQ mereka kuat insya-Allah mereka boleh hadapi dan perbetulkanmana-mana yang perlu diperbaiki.”