Kenapa Aroma Amber Dan Cardamom Aesop Steorra Paling Unik
Aesop sekali lagi beri kejutan dengan memperkenalkan koleksi wangian baharu, Above Us, Steorra iaitu wangian Eau de Parfum yang menggabungkan Amber klasik dengan interprestasi radikal Cardamom, jelas untuk mereka yang berani!

Dunia wangian mewah kembali dikejutkan apabila Aesop memperkenalkan babak terbaharu dalam koleksi aromatik mereka. Above Us, Steorra sebuah masterpiece olfaktori yang menggabungkan kehangatan Amber dengan sentuhan radikal Cardamom dan ia bukan sekadar wangian, tetapi sebuah wangian yang mengundang pemikiran tersirat. Dikenali dengan pendekatan unik dan kompleks dalam penciptaan wangian, Aesop sekali lagi membuktikan keunggulan mereka dalam dunia wangian Amber dengan pendekatan yang sama sekali berbeza dari yang lain.
Perjalanan kreatif bermula dengan set inspirasi abstrak yang dikongsi Aesop antara Céline Barel. Tiga elemen inspirasi yang tidak konvensional seperti puisi bertajuk ‘Shooting Star’ karya Mayuzumi Madoka, fotografi langit malam, dan imej yang menunjukkan pelbagai rona amber. Titik permulaan yang tidak ortodoks ini membawa kepada perbincangan mendalam mengenai perasaan kagum dan kemungkinan yang dirasai seseorang ketika memandang langit yang bertaburan bintang. Pengalaman yang sering membawa pemikiran mengikuti trajektori yang belum diterokai, jauh dari cahaya buatan, bunyi bising, dan rutin yang sering menentukan kehidupan metropolitan moden.

“Saya mahu mencipta ‘Celestial Amber’ iaitu idea yang datang daripada melihat siling kedai Aesop Collins Street di Melbourne, yang disalut dengan botol-botol Aesop yang disemai dengan simen,” jelas Barel. “Jelas ia memberikan saya ilham akan langit yang cantik bertabur bintang.”
Artikel berkaitan Sesi Pengalaman Sensori GLAM Beauty Club X Aesop
Transformasi Amber Yang Unik
Above Us, Steorra bukan sekadar bintang biasa. Ia adalah bintang berguguran! Sesuatu yang berpijar seperti panas dan sejuk pada masa yang sama, sejambak rempah yang kompleks yang meninggalkan jejak bercahaya dalam kegelapan. Sebuah wangian yang mentransportasi untuk mereka yang tidak konformis, dan juga untuk konformis yang secara rahsia merindui sesuatu yang lembut subversif.
Hasilnya adalah wangian dengan ilham amber moden signature yang berbeza, membawa rasa pergerakan berterusan, tekstur dan keajaiban. Seperti yang dinyatakan Barel: “Saya melihat akord amber klasik dan saya memutarbelitkan proporsinya, mengurangkan kemanisan dan melebihkan kayu dan resin.” ‘Steorra’ [Steh-O-rah] adalah perkataan Inggeris Kuno untuk bintang. Dipilih sebagai penghormatan kepada sifat bahasa yang sentiasa berubah merentasi generasi dan geografi. Penambahan ‘Above Us’ merujuk kepada pandangan yang tertarik ke langit dalam rasa kagum kolektif.

Eau de Parfum ini berpusat pada permainan antara penggunaan Cardamom yang radikal tanpa tapisan. Yang menyerlahkan dari rempah, aroma sitrus dalam nota pembukaan, kepada kehangatan bergemerlapan di pangkalan dan ‘fabulist accord’ unik yang menyerlahkan aroma Amber. Nota Atas: Percikan Bergamot, aksen mendesis Cardamom dan Elemi yang pedas memberikan gambaran sekilas ekor meteor seperti pancaran berpijar berlawanan dengan ruang hampa yang sejuk dan gelap. Nota Tengah: Cahaya Amber wangian ini ditekankan apabila aroma Cypriol Heart yang berkuasa berkayu dan berkulit bergabung dengan kehangatan balsamik Labdanum dan Frankincense. Nota Bawah: Cardamom menegaskan dirinya semula dengan watak yang lebih pedas dan berkayu, manakala Cypriol Heart dan Cinnamon yang bertekstur kaya terus mendorong aroma dalam trajektorinya.
Aesop Above Us, Steorra Eau de Parfum bakal tersedia di butik signature Aesop dan secara dalam talian bermula 22 September 2025
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

