Kempen Daisy Marc Jacobs Menampilkan Anak Cindy Crawford, Kaia Gerber - Glam Malaysia

Kempen Daisy Marc Jacobs Menampilkan Anak Cindy Crawford, Kaia Gerber

Wangian terkenal Daisy Marc Jacobs oleh Marc Jacobs telah mengumumkan bahawa Kaia Gerber (15) anak kepada supermodel Cindy Crawford merupakan wajah baru untuk kempen wangian tersebut.

 

Kempen terbaru itu telah dirakamkan di sebuah padang yang penuh dengan bunga daisi oleh jurufoto Alasdair McLellan yang turut menampilkan model Sofia Mechetner dan Dilia Martins.

 

“Saya berasa teruja untuk menjadi wajah Daisy Marc Jacobs; kempen ini sangat ceria dan light-spirited, dan itulah apa yang saya rasa selalunya,” nyata gadis muda itu.

 

“Ini merupakan kempen wangian global pertama saya, dan saya rasa bertuah kempen ini adalah bersama Marc Jacobs, sebuah jenama yang ikonik yang saya sudah kenali dan suka sejak dulu lagi.”

See also
Eksklusif: Diari Cantik Bersama Khadija Meor