6 Punca Rambut Kelemumur Yang Ramai Tidak Tahu

Kelemumur Bukan Sekadar Rambut Kotor, Ini 7 Punca Sebenar

Kelemumur adalah masalah rambut yang sangat biasa, tetapi puncanya sering disalah anggap.

Ada yang fikir ia terjadi kerana rambut kotor tapi hakikatnya banyak faktor lain seperti cuaca, stres, hormon dan produk rambut yang digunakan setiap hari turut mempengaruhi keadaan kulit kepala. Untuk merawatnya dengan berkesan, penting untuk memahami apa sebenarnya yang mencetuskan kelemumur.

1. Kulit kepala kering

Kulit kepala yang terlalu kering akan menghasilkan serpihan putih halus yang mudah terlihat pada bahu. Cuaca sejuk, penggunaan penghawa dingin sepanjang hari atau syampu yang terlalu kuat bahan kimia boleh menyebabkan kulit kepala kehilangan kelembapan, lalu mula mengelupas.

2. Penghasilan minyak berlebihan

Kulit kepala berminyak menggalakkan pertumbuhan kulat Malassezia, iaitu mikroorganisma semula jadi yang boleh membiak lebih cepat apabila sebum berlebihan terkumpul. Bila kulat ini berkembang tanpa kawalan, ia menyebabkan iritasi dan kelemumur yang lebih tebal.

3. Rambut dibiar lembap terlalu lama

Rambut atau kulit kepala yang dibiarkan lembap terlalu lama sama ada selepas mandi, terkena hujan atau berpeluh juga boleh menyebabkan kelemumur. Keadaan lembap ini mewujudkan persekitaran ideal untuk kulat membiak dan menyebabkan kulit kepala menjadi gatal, sensitif serta mudah mengelupas.

See also
Pengalaman Wangian Bersama GLAM Beauty Club X Burberry Goddess

4. Produk rambut tidak sesuai

Penggunaan syampu, perapi, gel atau wax yang tidak sesuai dengan jenis rambut boleh menyebabkan product buildup pada kulit kepala. Sisa produk yang terkumpul ini mengganggu keseimbangan kulit dan akhirnya mencetuskan pengelupasan serta rasa gatal.

5. Jarang cuci rambut

Tidak mencuci rambut secara teratur membolehkan minyak, peluh dan habuk berkumpul di kulit kepala. Ini bukan sahaja menyebabkan kesan gatal, malah menghasilkan kelemumur yang semakin banyak kerana kulit kepala berada dalam keadaan tidak bersih.

6. Stress & ketidakseimbangan hormon

Tekanan emosi atau perubahan hormon dalam badan boleh menyebabkan kulit kepala menghasilkan lebih banyak minyak. Apabila sebum berlebihan terkumpul, ia mencetuskan pertumbuhan kulat dan menyebabkan kelemumur lebih sukar dikawal.

7. Masalah kulit

Individu dengan masalah kulit seperti eczema, psoriasis atau dermatitis cenderung mengalami kulit kepala yang lebih sensitif. Keadaan ini menyebabkan kulit cepat merengsa dan mengelupas, menghasilkan kelemumur yang lebih tebal serta sukar dirawat.

Dengan memahami puncanya, lebih mudah untuk memilih rawatan yang sesuai dan menyesuaikan rutin penjagaan rambut. Yang penting, kekalkan kulit kepala dalam keadaan bersih, seimbang dan terhidrasi supaya masalah kelemumur dapat dikawal dengan lebih efektif. Jika gejala berterusan atau semakin teruk, dapatkan nasihat pakar untuk rawatan yang lebih tepat.

See also
Wangian Klasik Terbaharu Le Labo Eucalyptus 20

Artikel Berkaitan: Selain Dari Penjagaan Wajah, Rambut Juga Perlu Hyaluronic Acid?

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.