Kekal Muda Tak Kira Usia

Kekal Muda Tak Kira Usia

beauty, people and health concept - beautiful young woman touching her face over pink backgroundGambar: ingimage

 
Kesibukan bukanlah alasan untuk membiarkan wajah tidak dibelek sehingga terbiar kusam. Ton kulit senada mampu menyuntik seri wajah namun ianya hendaklah bermula sedari awal peringkat usia. Ikuti tip penjagaan bagi setiap peringkat umur.
 
20-an
Mulakan lebih awal! Ya, kulit anda masih tegang dan kurang bermasalah. Namun ini tidak bermakna anda perlu menidakkan kemunculan pigmentasi. Mencecah umur 20 tahun, pakar dermatologi percaya tanda-tanda akne, jagat atau melasma (muncul sewaktu hamil atau kesan daripada pil perancang kehamilan) akan mula kelihatan.
 
30-an
Hindari stres. Rasa bimbang yang berterusan, baik kerjaya atau keluarga selalunya menjadi penyebab kerosakan kulit. Peringkat umur 30 tahun, hiperpigmentasi berkait rapat dengan tekanan. Tabiat menggaru dan memecah jerawat pula akan meninggalkan tompok hitam atau coklat.
 
40-an
Menjangkau umur ini ramai wanita mengabaikan pil tambahan apatah lagi rutin kecantikan kerana masa banyak dihabiskan untuk mengurus hal anak-anak. Walaupun kestabilan hormon dan melasma di bawah paras normal dan terkawal, peringkat ini semestinya dihabiskan dengan rutin kecantikan. Disarankan anda memilih produk pencerahan yang mengandungi ramuan Pitera dan ekstrak yis agar kulit lebih sekata dan menghalang masalah pigmentasi.
 
50-an
Kembalikan sinar ketika usia mula menjangkau 50-an. Efek menopaus sama buruknya dengan pil perancang kerana menyebabkan masalah hormon tidak seimbang sehingga menjana pigmentasi kulit. Sementelah, kulit juga mulai kering, sensitif dan kusam. Saranan GLAM, ramuan arbutin, licorice dan antioksida membantu menghentikan lebihan melanin langsung menyerikan kulit.
 
60-an
Be gentle! Ketika ini, wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami perubahan warna kulit jika anda mengamalkan pengambilan ubat antihipertensi. Ini juga boleh meningkatkan tahap sensitiviti matahari, atau estrogen. Kesimpulannya, doktor menasihatkan agar penggunaan produk tabir suria dipakai setiap hari dengan produk pemutihan antipenuaan yang menenangkan.
 
 

See also
Rahsia Teknik Aplikasi Highlighter Selena Gomez